Monday, March 29, 2010

Orang Jepun Berbicara Tentang Syariah Dan Khilafah




Orang Jepun Berbicara Tentang Syariah Dan Khilafah



Pada hari Ahad, 7hb Mac 2010 telah berlangsung satu seminar anjuran Hizbut Tahrir Malaysia dengan kerjasama Khilafah Center bertempat di dewan Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Petaling Jaya. Seminar yang mengangkat tajuk “Menyingkap Sejarah Khilafah Antara Pejuang Dan Petualang” telah menarik lebih kurang 400 orang peserta. Apa yang menariknya seminar anjuran HTM kali ini ialah apabila pembentang pertama seminar tersebut adalah seorang muslim dari Jepun iaitu Prof Hassan Ko Nakata iaitu seorang pensyarah pengajian Islam di Fakulti Theologi Universiti Doshisha, Jepun.



Dalam pembentangan beliau, Prof Hassan Ko Nakata menjelaskan bahawa adalah suatu perkara yang rasional untuk umat Islam bersatu pada hari ini bagi mengatasi pelbagai musibah dan penghinaan yang ditimpa oleh umat Islam samada di Iraq, Afghanistan dan sebagainya. “Jika masyarakat Eropah boleh berfikir untuk bersatu dengan menubuhkan Kesatuan Eropah kenapa tidak umat Islam, sedangkan kesatuan dan persaudaraan umat Islam itu adalah sebahagian dari tuntutan dan ajaran Islam” ujarnya. Beliau juga mengatakan bahawa kewajiban menegakkan Khilafah ini adalah merupakan kesepakatan jumhur ulama dan bukannya hanya diperkatakan oleh Hizbut Tahrir. “Ini adalah fikrah Islam” katanya lagi. Diantara perkara yang menariknya juga ialah pandangan dan ulasan dari salah seorang peserta seminar yang sempat ditemu bual didalam seminar tersebut katanya: “ Wah! Sesuatu yang amat baik apabila orang Islam Jepun sudah mula berbicara tentang syariah dan Khilafah. Maka tidak ada sebab bagi umat Islam di Malaysia tidak bersama dengan perjuangan bagi penegakkan syariah dan Khilafah ini”. Sementara dalam pembentangan oleh ahli panel kedua iaitu oleh Ustaz Ahmad Mustafa selaku ketua HTM Mahaliyyah Kuala Lumpur, beliau telah menjelaskan dan menerangkan tentang hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Rasulullah SAW bersabda:

"Telah berlaku zaman kenabian keatas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian. Maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman penindasan dan penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman Kenabian" [H.R. Imam Ahmad, Bazzar dan Attabrani dari Abu Huzaifah Al-Yamani].


Dalam pembentangan tersebut beliau juga telah menerangkan bagaimana ketika umat Islam melalui dan mengecapi zaman kegemilangannya umat Islam telah mengecapi pelbagai kejayaan dan merasakan kenikmatan bahawa Islam itu benar-benar membawa rahmat ke sekelian alam. Kini keadaannya cukup berbeda dengan situasi umat Islam disaat ini yang berada dizaman yang dikatakan oleh Nabi SAW berdasarkan hadith diatas iaitu zaman pemerintahan diktator (zaman penindasan dan penzaliman). Umat Islam pada hari ini umumnya telah dikhianati oleh para pemimpin-pemimpin sekular yang menjadi agen kepada barat yang telah bekerjasama dengan musuh-musuh Islam secara langsung mahupun tidak langsung untuk menghalang kebangkitan Islam dan umat Islam itu sendiri. Apa yang berlaku didalam dunia umat Islam hari ini sudah cukup membuktikan bagaimana khianatnya para pemimpin umat Islam hari ini. Mereka telah mengabaikan perintah Allah SWT yang mewajibkan untuk menerapkan Islam didalam kehidupan bernegara dan dalam masa yang sama mereka juga telah menghalang mana-mana gerakan Islam yang cuba untuk mengembalikan Islam kedalam kehidupan umat. Justeru itu sudah jelas dari catatan sejarah umat Islam bahawa siapakah pejuang dan siapakah petualang.




kekuasaan Khilafah Islam yanag terakhir iaitu Khilafah Uthmaniyyah telah mencatatkan bahawa Sultan Abdul Hamid adalah merupakan diantara para pejuang umat Islam dan dalam masa yang sama telah lahirnya petualang yang menghancurkan Khilafah Islam di Turki iaitulah Mustafa Kamal At-Tartuk laknatullah yang menjadi agen British bagi menghancurkan Khilafah yang secara rasmi dihancurkan pada 3 Mac 1924 iaitu kira-kira 86 tahun yang lepas. Semoga dengan adanya seminar-seminar yang seumpama ini maka umat Islam akan dapat melihat dengan kepala mata mereka sendiri betapa kini mereka dapat mengenal dan menyedari siapakah sebenarnya pejuang dan siapakah petualang bagi umat Islam yang sebenarnya.

sumber: www.mykhilafah.com

Tuesday, March 23, 2010

Gerakan Freemasonry: Dalang Musuh Islam

Gerakan Freemasonry: Dalang Musuh Islam



Saya baru membaca buku ini, isinya bagus dan banyak pendedahan musuh dalam selimut ini banyak berkeliaran di kalangan kita. Gerakan tersusan rapi ini, bertindak sebagai penyalur maklumat, mengatur dan melaksanakan melalui agen mereka yang tersediada dalam bidang pemerintahan. Pada mulanya, Freemasonry memusuhi agama Kristian. Namun mengalih perhatiannya kepada kepada Islam. Selama mengkaji apakah tunjang kekuatan Islam, mereka mendapat rumusan bahawa Khilafah mesti dihapuskan terlebih dahulu, barulah senanglah merosakkan bidang-bidang lain seperti ekonomi, sosial, hubungan luar negara dan tidak ketinggalan agama. Matlamat utama mereka ialah menjadikan satu agama baru hasil gabungan tiga agama yang sedia ada (Islam, Kristian dan Yahudi) yang dipanggil "International Religion", dengan alasan semua agama adalah sama. Freemasonry telah mengatur rancangan perang dunia pertama dan kedua, menghapuskan daulah khilafah serta sedang merancang perang dunia ketiga diantara barat dan dunia Islam. Itulah ulasan saya dari pembacaan buku ini .

Monday, March 15, 2010

Umat Islam bantah kehadiran Obama


[img]http://farm5.static.flickr.com/4043/4437639944_6f83b0fdf0.jpg[/img]

Rakyat Indonesia bantah Obama
JAKARTA 14 Mac - Ribuan rakyat Indonesia berhimpun secara aman di bandar raya utama republik tersebut hari ini bagi membantah lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke negara tersebut beberapa hari lagi.

Kira-kira 2,000 orang dari kumpulan Hizbut Tahrir yang bermatlamat menubuhkan sebuah kerajaan Islam melaungkan slogan 'Islam bersatu... tidak akan tewas. Singkirkan Obama'.

Mereka turut mengoyakkan bendera AS ketika berarak di ibu kota Sulawesi Selatan, Makassar.

Di Solo, Jawa Tengah, sejumlah 500 orang lagi berarak sambil membawa poster tertera 'Halau Obama... pemimpin penakluk' dan 'Amerika... pengganas sebenar.'

''Terdapat dua jenis pelawat, baik dan jahat. Obama jahat. Mungkin warna kulitnya berbeza dengan (bekas Presiden AS) George Bush, namun dia masih menindas orang Islam,'' kata jurucakap kumpulan itu, Nur Alam.

''Dia mungkin membesar di Indonesia namun ia bukan asas untuk tidak menolaknya. Dia seorang yang kejam, tangannya dipenuhi darah dan dia tidak mempunyai belas kasihan,'' katanya.

Obama secara amnya amat popular di Indonesia memandangkan beliau menetap beberapa tahun di Jakarta ketika masih kanak-kanak pada 1960-an.

Obama dijadual berlepas dari AS pada 21 Mac untuk melawat Indonesia serta Guam dan Australia.

''Presiden akan menggunakan lawatan ke Indonesia untuk menyampai ucapan sama seperti yang dilakukannya di Kaherah tahun lalu, iaitu menggesa negara-negara Islam mengeratkan hubungan dengan AS,'' kata jurucakap White House, Robert Gibbs. - AFP

daripada:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0315&pub=utusan_malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm&arc=hive

Sunday, February 28, 2010

Pemimpin Islam jadi 'balaci',halang Maulidur Rasul




Pemimpin Islam jadi 'balaci',halang Maulidur Rasul




Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
tarmizi.rahim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyifatkan pemimpin Islam yang bersetuju dengan cubaan pihak tertentu membatalkan sambutan Maulidur Rasul sebagai "bajingan" serta "balaci" yang rela dicucuk hidung seperti lembu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak mana yang cuba membatalkan sambutan itu dan mereka yang dimaksudkannya sebagai bajingan tersebut.

Katanya, pemimpin Islam seperti itu umpama lalang yang akan mengikut segala rentak yang dimainkan oleh pihak yang cuba membatalkan sambutan yang menjadi syiar bagi umat Islam di negara ini.

"Dan yang paling malang, ada di kalangan kita yang bersedia menjadi bajingan dan balaci mereka, menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung.

"Bila kafir ini meniup ke kiri, maka terkinja-kinjalah kita berjoget ke kiri. Bila mereka menghembus ke kanan, maka terkial-kiallah kita berzapin ke kanan," katanya sewaktu membacakan khutbah sembahyang Jumaat, semalam.

Entri bertajuk "Khutbah Maulidur Rasul" itu turut dimasukkan dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan pendedahan Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali mengenai pembatalan perarakan sempena Maulidur Rasul oleh kerajaan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, selepas dikritik hebat dan bimbang kehilangan sokongan orang Melayu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuat keputusan untuk mengadakan perarakan tersebut mengikut program asal sebelum ia dibatalkan.

Malah, Guan Eng menafikan perarakan itu dibatalkan dan menuduh Utusan Malaysia berbohong dan membuat fitnah untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri.

Tambah Zulkifli, penghinaan itu berlaku kerana penyakit 'wahan' (cintakan dunia dan takutkan mati) apabila pemimpin Islam terbabit terlalu sayangkan kedudukan, jawatan dan habuan.

"Kita mengenepikan semua prinsip dan matlamat perjuangan demi mengejar impian keduniaan dan kerusi empuk kekuasaan.


"Hingga kita sampai mempertuhankan politik dan demokrasi. Kita takut kedudukan, jawatan dan habuan kita itu mati dan hilang.

"Maka hari ini kita menjadi umat yang hina di mana-mana sahaja kita berada. Yang tinggal hanya sejemput janggut dan senipis serban, kita hanya muncul Islam pada nama, tetapi tong kosong di dalam," katanya.

Jelas Zulkifli, kesatuan umat Islam bukannya bersandarkan kepada nasionalisme; assabiyah puak, kumpulan atau pertubuhan tetapi kekuatannya berpunca daripada pegangan kukuh kepada al-Quran.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.as ... =mh_01.htm

Dapatkan berita yang berkaitan ini:
http://jemaah-islam.blogspot.com/2010/03....dakwah-itu.html

Monday, February 15, 2010

Membongkar kebenaran Hizbut Tahrir



Membongkar kebenaran Hizbut Tahrir

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dan syabas kepada majalah Al Islam keluaran bulan baru Mac 2010. Kerana berani tampilkan kebenaran yang kian lama diselimuti pelbagai fitnah yang dilemparkan kepada Hizbut Tahrir. Alhamduillah, segala fitnah dilemparkan akhirnya terjawab oleh Presiden Hizbut Tahrir Malaysia sendiri, Abdul Hakim Othman. Diharap agar semua pihak media yang lain mengikuti jejak langkah majalah Al Islam dan Mastika. Saya sendiri akan memberi motivasi kepada rakan-rakan yang lain agar membeli majalah tersebut. Secara tak langsung akan melariskan jualan majalah tersebut pada bulan tersebut. Insya Allah.

Friday, December 18, 2009

Susilo digesa tegakkan Syariah tangani rasuah


Susilo digesa tegakkan Syariah tangani rasuah


JAKARTA 6 Dis.2009 - Ribuan penunjuk perasaan berarak hari ini di Indonesia bagi bagi menggesa kerajaan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono supaya melaksanakan undang-undang Syariah sebagai satu-satunya kaedah untuk menangani kegiatan rasuah yang berleluasa di republik itu.

Anggota Hizbut Tahrir mengadakan demonstrasi di beberapa buah bandar termasuk di ibu negara Jakarta, sebagai membantah isu tindakan kerajaan menyelamatkan Bank Century berjumlah AS$700 juta (RM2.5 bilion).

Di Jakarta, ribuan penunjuk perasaan menguasai jalan raya bersama keluarga dan anak-anak mereka sambil membawa sepanduk yang mengecam sistem kapitalis sebagai punca kepada kegiatan rasuah.

"Skandal Bank Century merupakan bukti kegagalan sistem kapitalis," menurut kenyataan pada sebuah daripada sepanduk.

"Dengan mengamalkan sistem Syariah di bawah khalifah Islam, Indonesia bebas daripada rasuah," menurut satu lagi sepanduk.

Penggubal undang-undang kini sedang meneliti dakwaan rasuah yang berkaitan dengan tindakan menyelamatkan Bank Century tahun lepas selepas ketua juruaudit negara tersebut menemui tanda-tanda kukuh wujudnya 'pencabulan' undang-undang.

"Sistem kapitalis telah menghancurkan ekonomi kita. Itu merupakan punca kepada semua masalah di negara kita," kata jurucakap Hizbut Tahrir, Muhammad Ismail Yusanto pada perhimpunan itu.

Presiden Susilo telah dipilih semula dalam satu kemenangan besar pada pilihan raya pada bulan Julai lalu yang mana beliau berjanji untuk membanteras rasuah yang sudah sebati di negara itu.

Namun popularitinya telah diuji dengan skandal yang membelenggu suruhanjaya anti-rasuah Indonesia dengan kira-kira AS$715 juta (RM2.6 bilion) jaminan kerajaan daripada bank. - Agensi

sumber daripada:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1207&pub=utusan_malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm&arc=hive

Sunday, November 8, 2009

The Star online talk about Hizbut tahrir


Whither moderation?
SHARING THE NATION
By ZAINAH ANWAR


The arrest of a progressive ulama has plunged many Malay­sians into further despair that this country is hurtling towards an implosion but it may prove a blessing in disguise.

What else needs to happen before our political leaders on both sides of the divide find the will and courage to walk the talk of seeing a plural, diverse Malaysia as a source of strength and not a threat?

That a former mufti who holds progressive views and challenges the conservative religious authorities could be arrested and treated as if he was Noordin Mat Top just shows how far those pushing for an Islamic state and syariah supremacy are willing to go to ensure that their rigid and intolerant understanding of Islam prevails.

That this arrest and attacks on Dr Mohd Asri Zainul Abidin led by the Malaysian Asso­ciation of Syariah Lawyers (PGSM) and its Islamist allies, including Muslim Youth Move­ment of Malaysia (Abim) and Jemaah Islah Malaysia (JIM), should take place now is clearly a concerted effort to test the strength of the new Prime Minister on matters of religion.

Similarly, these Islamists have also relaunched another round of attacks against Sisters in Islam by reportedly lodging over 50 police reports against the group and holding public forums, this time led by the extremist Hizbur Tahrir, a global Islamist group intent on reviving the Islamic Caliphate.


Speaking his mind: Dr Asri, a former mufti, was accused of illegally delivering a religious talk in Selangor.

Little known in Malaysia, but banned or investigated in other countries, the Malaysian branch of Hizbur Tahrir has become more public in its activities, with banners in various neighbourhoods and announcements of events in mosques after Friday prayers.

For years now, the Islamic state ideologues have been pushing the boundaries of the forbidden in Malaysia. They have been relentless in their attacks on those working on women’s rights and fundamental liberties as guaranteed by the Federal Constitution and in pushing for the expansion of syariah jurisdiction in Malaysia.

They include areas such as freedom of religion, the right of the non-converting wife and children when a husband converts to Islam, moral policing, book banning, seizure of Bibles written in Bahasa Malaysia, fatwa on kongsi raya, yoga, pluralism, liberalism, to the sprouting of Islamist NGOs under all manner of names signing all kinds of petitions against fundamental liberties.

From matters such as making police reports against progressive groups and individuals, to holding rallies and seminars with inflammatory titles such as “Islam Di Hina”, “Umat Islam diCabar”, “Bahaya Murtad”, “Bahaya Islam Liberal”, the Govern­ment and the opposition have largely failed to support the moderate social forces of Malay­sian society.

While moderate politicians cower in silence in fear of being labelled as anti-God, anti-Islam and anti-syariah, or opportunistic ones shamelessly and dangerously fly the flag of Islam to advance their short-term political agenda, it is Malaysian civil society that has shown courageous civic leadership where political leadership has failed us.

Now that a religious leader from within the establishment has become the target of these intolerant Islamist forces inside and outside government, will the political leadership finally show the courage needed to act?

What kind of Islam does the Prime Minister envi­sage in his 1Malaysia? Certainly not the Islam of the Selangor State Religious Depart­ment (JAIS) and the PGSM who accused Dr Asri of all manner of dastardly insults to Islam as they perceive it.

While the arrest of Dr Asri plunged many Malaysians into further despair that this country is hurtling towards an implosion, I think it is actually a blessing in disguise.

It is obvious that both the JAIS and the PGSM and their Islamist allies have made a tactical error, underestimating the popular support that Dr Asri and his ideas enjoy in this country.

It is time for the silent majority of moderate Muslims in Malaysia to speak out. Certain­ly Dr Asri’s supporters at the Mahkamah Syariah Gombak on Monday stood up to be counted.

While Dr Asri talked of “hidden hands” behind his arrest, neither the federal government nor the Selangor state government claims responsibility for this display of state power against a former mufti.

What could be the motive when a state religious authority combined with federal law and order forces display heavy-handed powers to arrest an Islamic scholar for his progressive ideas that challenge the authoritaria­nism of Islam in Malaysia? Who called the shots? Who really is in control?

For me, this debacle is once again evidence of the unenforceability of the invasive powers of the Syariah Criminal Offence laws of this country. In this instance, the provision that makes it an offence for anyone to teach Islam without certification (tauliah) from the state religious authorities.

When is someone teaching Islam and when is he not? Who has the authority to decide on that? What are the criteria that constitute teaching of Islam? On what basis are some certified to teach Islam, some are not, some are prosecuted while many more others can freely preach hatred, racial ill-will, and miso­gyny in the name of Islam?

Just listen to the ceramahs amplified over loudspeakers for all in the neighbourhood to hear, even when you don’t want to.

Then there is the larger issue of whether this specific provision restricting freedom of speech is against Islamic principles that uphold diversity and differences in Islam and against constitutional guarantees of fundamental liberties.

Yet again, the enforcement of this ill-advised, badly drafted syariah law with its wide range of “sins” turned into crimes against the state and restrictions over the exercise of fundamental freedoms has led to public outrage.

There is an obvious disconnect between public opinion and societal values on what constitutes fair and just in Islam, and the intolerant, punitive, misogynistic Islam of those who conveniently use God’s authority to justify despotism in the name of Islam.

As more foreign scholars and journalists come to Malaysia to study this supposedly model “moderate” Muslim country, they go away surprised at the range of laws, mechanisms and structures in the name of Islam that control and restrict Muslim rights and freedoms.

They are shocked that a modern country like Malaysia could have unprecedented laws that make it a crime if one disobeys a fatwa, that turn moral obligations before God into legal obligations before the state, that turn sins into crimes, that confuse what is haram (forbidden), wajib (obligatory), sunat (recommended), harus (permissible) and makruh (discouraged) in its laws.

That Dr Asri could be accused of being a Wahhabi, at the same time a liberal, a progressive, a radical, is just one measure of that confusion and ignorance in Malaysia.

It is not possible to be liberal or progressive and Wahhabi at the same time. If at all, those who signed the memorandum written by the PGSM are the Wahhabi followers.

The puritanical Wahhabi movement which spread throughout the Muslim world over the past few decades, fuelled by Saudi petro-dollars, negates the diversity and complexity of the Muslim juristic heritage.

Dr Asri’s position on issues such as freedom of religion, differences of opinion in Islam, the imperative for reform, his criticisms of the delays and bias against women in the syariah courts, of khalwat laws and invasion of privacy, book banning and fatwa against yoga and kongsi raya have put him on the wrong side of the conservatives who dominate the religious bureaucracy and the Islamic state ideologues and their supremacist thinking.

Dr Asri is no Wahhabi. And it is obvious who the Wahhabis in the Malaysian political scene are.

The Egyptian legal scholar, Khaled Abou El-Fadl, wrote that while submission to God is at the core of the Islamic creed, this does not mean blind submission to those who claim to represent God’s law.

For too long in this country, those who claim to speak in God’s name have cowed too many into silent submission and perpetual ignorance. For too long, our political leaders have not shown the courage or the will to fully deal with the threat posed by these religious zealots within government and their own parties.

What is desperately needed now is leadership, courage, and vision to stand up for what is right for Malaysia – that there is no place in a country like ours for an Islam that is punitive, cruel, misogynistic, and intolerant.

More than any other country in the world, Malaysia with its historical embrace of all races and religions, its celebration of diversity and pluralism, its gentler and kinder Islam, plus its economic success story and its political stability should be better placed to lead the Muslim world into a modern and prosperous age in the midst of extremism, calamities and despair that beset the ummah.

It is a tragedy that this government has poured hundreds of millions into numerous religious institutions supposedly to enable Malaysia to take the lead as a model moderate Muslim country – only to find its Islamic agenda hijacked by the very ideology that has contributed to the decay of other Muslim countries, where Muslims killing other Muslims for their belief and political affiliation have become the norm.

God forbid that is the future of Malaysia.

As all the political leaders seem to agree that the country is at a turning point, that their party members must change and face difficult realities of a changing and diverse electorate, of a globalised competitive world that waits for no man, of the rise of China and India, can they also please embrace the reality that an Islam of kindness and compassion, of diversity and differences, of equality and justice constitute what it means to be Muslim in the 21st century?

http://thestar.com.my/columnists/story.asp?col=sharingthenation&file=/2009/11/8/columnists/sharingthenation/5063571&sec=Sharing%20The%20Nation