Monday, February 15, 2010

Membongkar kebenaran Hizbut Tahrir



Membongkar kebenaran Hizbut Tahrir

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah dan syabas kepada majalah Al Islam keluaran bulan baru Mac 2010. Kerana berani tampilkan kebenaran yang kian lama diselimuti pelbagai fitnah yang dilemparkan kepada Hizbut Tahrir. Alhamduillah, segala fitnah dilemparkan akhirnya terjawab oleh Presiden Hizbut Tahrir Malaysia sendiri, Abdul Hakim Othman. Diharap agar semua pihak media yang lain mengikuti jejak langkah majalah Al Islam dan Mastika. Saya sendiri akan memberi motivasi kepada rakan-rakan yang lain agar membeli majalah tersebut. Secara tak langsung akan melariskan jualan majalah tersebut pada bulan tersebut. Insya Allah.