Tuesday, March 23, 2010

Gerakan Freemasonry: Dalang Musuh Islam

Gerakan Freemasonry: Dalang Musuh Islam



Saya baru membaca buku ini, isinya bagus dan banyak pendedahan musuh dalam selimut ini banyak berkeliaran di kalangan kita. Gerakan tersusan rapi ini, bertindak sebagai penyalur maklumat, mengatur dan melaksanakan melalui agen mereka yang tersediada dalam bidang pemerintahan. Pada mulanya, Freemasonry memusuhi agama Kristian. Namun mengalih perhatiannya kepada kepada Islam. Selama mengkaji apakah tunjang kekuatan Islam, mereka mendapat rumusan bahawa Khilafah mesti dihapuskan terlebih dahulu, barulah senanglah merosakkan bidang-bidang lain seperti ekonomi, sosial, hubungan luar negara dan tidak ketinggalan agama. Matlamat utama mereka ialah menjadikan satu agama baru hasil gabungan tiga agama yang sedia ada (Islam, Kristian dan Yahudi) yang dipanggil "International Religion", dengan alasan semua agama adalah sama. Freemasonry telah mengatur rancangan perang dunia pertama dan kedua, menghapuskan daulah khilafah serta sedang merancang perang dunia ketiga diantara barat dan dunia Islam. Itulah ulasan saya dari pembacaan buku ini .