Allâhu akbar!
terjemahnya: "Sesungguhnya Allah akan mengutus kepada ummat ini seorang mujaddid terhadap agamanya setiap 100 tahun." (al-Albani, sahih Sunan Abu Daud, # 4291).
Oleh itu, sejak kejatuhan khilafah pada tahun 1924. Dunia Islam sepi dan merana, gersang dengan cerita-cerita kegemilangannya. Hanya cerita-cerita duka sahaja. Namun batas waktu tersebut akan berakhir tidak lama lagi. Sehingga perkara di dunia ini pasti ada tempoh had masanya. Bak seperti pusingan roda berputar. Hanya sekitar lebih sepuluh tahun lagi penderitaan ini akan berakhir. Sekiranya kita ambil kira sejak tahun kejatuhan Islam dicampurkan dengan seratus tahun lagi kita dapat menemui jawapannya, iaitu pada tahun 2024. Pada era inilah,Era kebangkitan Islam yang menutup sejarah manusia. Manusia yang ditunggukan tentulah Imam Mahdi.
Jika tuan-tuan berfikiran yang realistik. Sekiranya Imam Mahdi memimpin umat Islam kini menggunakan sistem apa? Adakah beliau menggunapakai sistem demokrasi? sistem ekonomi kapitalisme yang bersifat menekan? Masih taatsetia dengan peraturan PBB?
Jawapannya mudah. Sudah tentu beliau menggunapakai dengan ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Beliau menggunapakai sistem pemerintahan Islam iaitu Sistem Khilafah, urusan ekonominya tentulah Sistem Ekonomi Islam dan tiada terikat dengan peraturan PBB. Sejajar dengan hadis Rasulullah SAW,"Akan ada khilafah yang mengikut jejak kenabian".
Oleh yang demikian, wajarkah kita mengikut sistem apa yang tersedia ada.Sistem demokrasi, Sistem Ekonomi kapitalis, PBB kita dah boleh buang kedalam bakul sampah. Walaupun, kita cakap bahawa kita hendak jadi pengikut Imam Mahdi, tapi kalau kita masih berpegang dengan peradaban Barat, sebenarnya kita menjadi penentang beliau, Allah dan Rasul (Secara tak langsung).
Hanya jemaah Islam yang ada sekarang ini cukup-cukup bersedia menerima kehadiran Imam Mahdi. Perjuangan mereka selari dengan apa yang hendak diamalkan oleh Imam Mahdi. Jemaah Islam ini menyediakan jalan kebangkitan Islam agar mudah dilalui pemimpin besar yang dijanjikan itu. Jemaah Islam yang sering melaungkan Khilafah disana-sini. Jemaah tersebut dipanggil Hizbut Tahrir.
Where is Today’s Muhammad bin Qasim,..
4 years ago