Sunday, September 6, 2009

BENTUK PEMERINTAHAN ISLAM

Bentuk pemerintahan Islam Sistem pemerintahan Islam tidak sama
dengan semua jenis sistem pemerintahan di dunia ini.

1. Pemerintahan Islam Bukan Monarki (Monarchi)

Sistem monarki menerapkan sistem secara warisan,iaitu dari orang tuanya setelah ianya meninggal dunia sebagaimana ia mewariskan harta waris. Namun sistem pemerintahan islam akan dipegang oleh orang yang dibai’at oleh umat dengan penuh redha dan kebebasan memilih. Sistem Monarki telah memberikan hak tertentu serta hak istimewa khusus untuk raja saja. Sistem tersebut menjadikan raja diatas undang-undang dan secara peribadi memiliki kekebalan hukum. Raja, kadangkala hanya simbol bagi umat dan tidak memiliki kuasa apa-apa seperti raja di Eropah dan raja disini (Malaysia) Ataupun raja mempunyai kuasa yang penuh, bahkan menjadikan sumber hukum sehingga ianya bebas mengendalikan negerinya dan rakyatnya dengan sesuka hati, sepertimana raja di Saudi, Maroko dan Yordania. Lain halnya dengan sistem pemerintahan Islam, dimana ianya tidak memberi hak istimewa yang khusus kepada khalifah, hak khalifah dan hak rakyat adalah sama. Khalifah bukan simbol umat. Namun Khalifah adalah wakil umat dalam masalah pemerintahan dan kekuasaan sehingga khalifah juga terikat dengan hukum syarak dalam semua tindakannya.

2. Pemerintahan Islam Bukan Republik

Sistem Republik terdiri daripada sistem Demokrasi iaitu kedaulatan ditangan rakyat sedangkan sistem pemerintahan Islam mempunyai konsep kedaulatan ditangan syarak. Ini berbeza diantara dua sistem. Sistem republik dengan bentuk president, yang memiliki wewenang sebagai kepala negara Sekaligus merangkap sebagai perdana menteri. Sedangkan sistem Pemerintahan Islam tiada menteri, tiada president dan tiada perdana menteri serta tiada parlimen. Yang ada pun sebagai pembantu khalifah disebut Mu’awin untuk melaksanakan apa-apa yang diputuskan olehnya.

3. Pemerintahan Islam Bukan Kekaisaran (Empayar)

Sistem kekaisaran adalah sistem tidak menganggap sama dengan bangsa/kesukuan (ras) yang satu dengan yang lain dalam hal pembentukan hukum didalam wilayah kaisar. Sistem ini memberikan keistimewaan dalam bidang pemerintahan, kewangan dan ekonomi diwilayah pusat sahaja. Sedangkan islam menuntut kesamarataan dan menolak ikatan kesukuan/kebangsaan diamalkannya. Sistem Pemerintahan Islam memberikan hak-hak rakyat dan kewajibannya kepada rakyat dari orang muslim atau non muslim.

4. Pemerintahan Islam Bukan Persekutuan/Federasi

Sistem persekutuan yang membahagikan wilayah-wilayahnya dalam otonominya sendiri dan bersatu dalam pemerintahan secara umum. Tetapi sistem pemerintahan Islam adalah sistem kesatuan. Kewangan dan perbelanjaan dalam sistem Islam dianggap satu untuk kepentingan seluruh rakyatnya. Contohnya, ada wilayah yang pendapatan besar,maka wilayah tersebut akan dibelanjakan sesuai dengan tingkat keperluannya dan selebihnya dari pendapatan dari wilayah itu akan diberi kepada wilayah lebih memerlukannya (yang pendapatan kecil)

Sistem Pemerintahan Islam

1.Kedaulatan ditangan syarak (As siyadah li as syar’i)
i. Menjadikan pengendalian dan penguasa adalah hukum syarak.
ii.Mempunyai kedudukan yang sama dihadapan hukum syarak tanpa membezakan penguasa{khalifah}mahupun rakyat {umat}.
iii.Ketaatan kepada khalifah terikat dengan ketentuan hukum syarak,bukannya ketaatan secara mutlak. Tidak pada perkara kemaksiatan.
iv.Wajib mengembalikan masalah kepada hukum syarak apabila berlaku perselisihan antara umat dengan khalifah.
v.Wajib ada kawalan ke atas negara dilakukan oleh parti/jamaah islam@umat. vi.Adanya mahkamah yang bertugas utk menghilangkan penyimpangan terhadap hukum syarak iaitu mahkamah mazalim.
vii.Mengangkat senjata untuk mengambil alih kekuasaan apabila khalifah menyimpang dari hukum syarak.pengangkat senjata tidak dihukumi sebagai tindakan pembangkang. Dalil Kedaulatan ditangan Syarak: “Hai orang yang beriman, taatlah Allah dan taatlah Rasul-Nya, dan ulil amri (penguasa) diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah(Al Quran) dan rasul(sunnahnya), jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian” (Surah An Nisa;ayat 59)

2.Kekuasaan Ditangan umat (as sulthan li al ummat)
i.Tiada kekuasaan yang diperolehi oleh seorang muslim kecuali diberikan oleh umat. Dengan cara bai’at.oleh itu hukum fardhu kifayah untuk mengangkat khalifah. Hukum fardhu ain untuk mentaati khalifah.
ii. Umat mempunyai hak untuk mengangkat khalifah dengan redha (rela) seperti Muawiyah yang mulanya diambil dengan paksa dari khalifah Ali bin Abu talib.
iii. Pemerintahan Islam tidak berbentuk kerajaan yang diperolehi dengan warisan.kuasa ditangan umat kepada khalifah secara bai’at perlu diserahkan kepada umatnya juga. iv.Meskipun umat berhak mengangkat penguasa namun kedudukannya bukan sebagai mustajir (majikan) dan khalifah bukan sebagai ajir (buruh).tidak seperti sistem demokrasi, rakyat(majikan) memilih/mengangkat pemimpin(buruh),rakyat pengubal undang-undang dan pemimpin melaksanakan undang-undang tersebut. Sistem pentadbiran Islam tidak seperti itu. Tak sama langsung. Khalifah bertindak tegas terhadap rakyat/umat jika berlaku penyelewengan dari hukum syarak.
v. Umat berhak syura(berbincang/bersuara) dengan khalifah,meskipun tidak mempunyai hak untuk melucutkan jawatan khalifah.
vi. Khalifah adalah pelayan umat dengan memenuhi maslahat mereka dan mencegah mudarat yang menimpa mereka. Diantara Salah Satu Dalil Kekuasaan Ditangan Umat: Dari Nafi’ berkata:Abdullah bin Umar berkata kepadaku “Sesiapa saja yang melepaskan tangan dari ketaatan kepada Alllah, ia akan bertemu dengan Allah di hari kiamat tanpa hujjah, dan siapa saja mati sedangkan diatas pundaknya (bahunya) tiada bai’at,maka ia mati seperti mati jahiliyah”[HR Muslim]

3. Pengangkat satu khalifah untuk seluruh muslimin hukumnyawajib(wujub nashbi al khalifah al wahid li al muslimin)
i. Khalifah Islam wajib hanya ada satu. Tidak boleh ada lebih dari satu khalifah dalam satu zaman seperti pada zaman Abbasiyah adalah kesalahan yang tidak dijadikan sebagai dasar hukum syarak.
ii. Bentuk negara kekhalifahan Islam adalah berbentuk kesatuan. Hanya dibenarkan ada satu ketua negara{khalifah},satu undang-undang dan hanya satu negara (tanpa sempadan antara negara islam dengan negara islam seperti sekarang)
iii. Sistem pemerintahan khalifah islam mengikut sistem pusat. Pemerintahan merupakan kuasa khalifah dan kekuasaan dalam satu negara adalah tunggal. Dalam dunia ini hanya ada satu negara Islam sahaja.
iv. Khalifah adalah negara. Ahli politik barat mendefisikan negara adalah kumpulan daripada wilayah, rakyat dan pemerintahan. Islam menggambarkan negara sebagai kekuasaan kerana wilayah islam sentiasa berkembang. Dalil mengenai tajuk di atas: Dari Adi Said Al Khudri dari Nabi saw bersabda, “Apabila dibai’at dua khalifah,maka bunuhlah yang terakhirnya dari keduanya” [HR. Muslim]

4. Khalifah mempunyai hak untuk mengambil dan menetapkan hukum syarak untuk menjadi undang-undang (li al Khalifah wahdah haq at tabanni)

i. Mengambil dan menetapkan hkum mestilah terikat dengan hukum syarak. Hanya menggunakan Al Quran,Al hadis,Ijmak sahabat dan Qisas sebagai landasannya.

ii. Untuk menghilangkan perselisihan ditengah masyarakat.

iii.Kepimpinan secara tunggal,tiada perlembagaan lain setanding kuasa khalifah

iv. Tiada hak membuat apa-apa undang-undang kecuali khalifah.termasuk majlis umat tidak hak membuat undang-undang dan tiada lembaga legislatif didalam khalifah.

Tiada konsep pengasingan kuasa seperti legislatif,eksekutif dan judikatif. Hanya khalifah sahaja memiliki hak . Dalil ini diambil dalil ijimak sahabat. Berdasarkan Ijimak Sahabat ini diambil kaidah ushul fiqih sangat popular: “Perintah Imam {khalifah} menghilang perselisihan” “Perintah Imam{khalifah} harus dilaksanakan”