Friday, September 11, 2009

Penduduk Uighur "Dilarang" Berpuasa

Penduduk Uighur "Dilarang" Berpuasa


URUMQI: Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang didakwa mengeluarkan
notis tidak menggalakkan pekerja Uighur berpuasa di bulan Ramadan.

Langkah juga didakwa diambil pihak berkuasa di wilayah yang
menempatkan penduduk Islam etnik Uighur untuk memaksa
mereka tidak mematuhi amalan agama ketika Ramadan.

"Makanan tengah hari, teh dan kopi percuma yang disifatkan pihak
berkuasa sebagai 'sagu hati daripada kerajaan' atau elaun sara
hidup ditawarkan dalam jabatan dan syarikat tempatan.


"Bagaimanapun, ia sebenarnya satu usaha mengenal pasti
siapa yang berpuasa," kata Dilxat Raxit, jurucakap Kongres
Dunia Uighur kepada The Epoch Times.

Dilxat berkata, pekerja Parti Komunis Uighur di seluruh Xinjiang
dipaksa menandatangani surat aku janji tidak berpuasa atau
melaksanakan aktiviti agama lain. Mereka juga mengenakan
dasar itu di kawasan bertugas dan berhadapan dengan hukuman.

Buat pertama kali, operasi berkenaan diperluas kepada ahli
Parti Komunis bersara. Pekerja sedia ada dikehendaki melawat
mereka untuk menggalakkan mereka tidak berpuasa. Pemilik
restoran juga didakwa diarah membuka perniagaan ketika
Ramadan atau lesen perniagaan dibatalkan. - Agensi