Friday, October 9, 2009

Ia hanya buih...

Penduduk Islam dunia kini 1.57b

NEW JERSEY 8 Okt. – Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu
laporan komprehensif, semalam.
Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan
satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan.
Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan. Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.“Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.
Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agamakedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.Laporan itu turut mendapatkan pecahan antara pengikut mazhab Sunni dengan Syiah tetapi kesulitan timbul kerana tidak banyak negara membuatpecahan seumpamanya, kata penyelidik kanan projek, Brian Grim. Maka, bilangan pengikut Syiah tidak dianggap khusus dengan laporan menganggarkan Syiah mewakili antara 10 dan 13 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia, yang sejajar atau sedikit rendah berbanding kajian-kajian lain.

Sebanyak 80 peratus pengikut Syiah tinggal di empat negara iaitu Iran, Pakistan, India dan Iraq. Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputilebih 60 peratus. Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.
Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam. Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria. – AP

----

Biarpun berbilion-bilion umat Islam sekalipun,
kita masih seperti buih di lautan.....




Dunia Islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh Islam.
Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas.
Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu lagi,
dalam hadithnya:

"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing
yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana
bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah
kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir.
Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu ‘al-wahan’. Sahabat bertanya apa
dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda ‘cintakan dunia dan bencikan akhirat."