Sunday, October 11, 2009

Logistik itu milik kaum muslimin.

Logistik itu milik kaum muslimin.


Perkataan logistik amat jarang sekali kedengaran oleh orang awam yang berminat terhadap kegiatan ketenteraan atau para strategis peperangan. Malahan ia kedengaran begitu janggal sekali bagi setengah pihak terutama yang meletakkan kemenangan sesuatu pasukan tentera dalam medan peperangan. Ini ditambah pula kerana anggota kor logistik lazimnya tidak terlibat secara langsung atau dikaitkan dengan pertempuran di garis hadapan. Umum, kerap memandang mereka sebagai tentera kelas ke-2 yang tidak terlibat dalam unit tempur, sebaliknya mempunyai tugas-tugas lain seperti memandu trek bekalan,menyediakan makanan, membina khemah dan sebagainya.

Apakah logistik?
Logistik adalah salah satu cabang ilmu sains yang melibatkan perancang dan pelaksanaan gerakan serta senggaraan sesuatu angkatan bersenjata yang membolehkan angkatan tersebut berfungsi dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah disasarkan. Dengan makna yang lebih mudah, logistik adalah bidang ilmu yang akan membolehkan satu pasukan tentera dibekalkan dengan kesemua peralatan dan perkhidmatan bagi membolehkan ia beroperasi dengan lancar

Bidang ini juga bukanlah satu bidang yang baru, malah ia telah dipraktikkan sejak beribu-ribu tahun yang lampau. Ia mencakupi pasukan tentera yang ingin memperluaskan wilayah penguasaannya mahupun mempertahankan wilayahnya. Sebaliknya adalah tidak keterlaluan jika dikatakan sebahagian besar dari tentera yang melakukan penaklukkan, pembebasan atau penjajahan di luar dari wilayah mereka akan kalah akibat kekurangan bekalan atau talian logistik mereka berjaya diputuskan oleh musuh.

Bukti kepentingan logistik.
Beberapa contoh yang dapat dibuktikan bahawa kepentingan logistik dalam arena pertempuran. Dalam peperangan Badar , Hubab bin Mundzir seorang sahabat Rasullulah SAW yang memahami kepentingan logistik. Apabila Hubab bin Mundzir hendak menolak pandangan Rasulullah terlebih dahulu beliau menanyakan :”Apakah ini merupakan pendapat, wahyu atau strategi wahai Rasulullah?” “Ini adalah Strategi dan pendapatku” Jawab Rasulullah. Barulah Hubab menyuarakan pendapatnya tentang menempatkan kem-kem (khemah) pertahanan tentera Islam melepasi telaga air. Ini kerana pihak musuh tidak akan menemui telaga air untuk bekalan minumannya. Sebaliknya tentera Islam mendapat manfaat dari telaga air tersebut. Pendapat Hubab disambut baik oleh Rasulullah dan segera Baginda melaksanakan.


Contoh ke-2, kempen peperangan salib,Raja Richard telah mengerakkan angkatan tenteranya untuk menawan Baitul Muqaddis. Ia telah memerhatikan pengalaman serangan tentera salib yang gagal sebelumnya. Panglima perang salib yang mengabaikan fakta bekalan logistik. Bala tentera bergerak dan mengambil bekalan mengikut kesempatan atau paksa dari tuan-tuan tanah dalam perjalanan ke medan tempur. Ini menyebabkan ada bala tentera yang bubar atau musnah bukan kerana pertempuran tetapi akibat kebuluran sebelum sempat ke medan tempur. Raja Richard telah merancang agar bekalan logistik dikumpulkan ditempat tertentu dan kapal-kapal disediakan bagi menghantar bekalan bagi menghantar bekalan tersebut kepada pasukannya yang bergerak menyusuri pantai menuju ke Baitul Maqaddis. Namun, Sallahuuddin Al Ayubbi berjaya mengalahkan pasukan tentera salib yang menyusuri pantai tersebut. Keadaan terdesak ini, Raja Richard terpaksa meninggalkan kawasan pantai dan memasuki kawasan pendalaman. Malang bagi mereka, Sallauddin Al Ayubi juga seorang panglima perang yang memahami kepentingan logistik. Beliau telah meracuni kesemua telaga menyebabkan air tidak boleh diminum oleh manusia dan haiwan. Malahan beliau juga memusnahkan tumbuhan yang boleh dimakan sepanjang perjalanan tentera salib ke Baitul Muqaddis. Keadaan ini menyebabkan Raja Richard sedar bahawa jika beliau meneruskan pengepungan Baitul Muqaddis, angkatan tenteranya akan menghadapi bahana kebuluran dan mudah dikalahkan oleh tentera Islam. Akhirnya beliau terpaksa mengadakan perjanjian damai dengan Sallahuddin.

Kepentingan Logistik bagi Islam
Contoh diatas menunjukkan betapa pentingnya logistik dalam medam peperangan. Perlu diingatkan, bahawa negeri kaum muslimin yang memiliki logistik yang ideal perlu dipratikkan. Bagi membendung keganasan dan kezaliman tentera Amerika menakluki Iraq dan Ahfganistan. Kerana negeri kaum muslimin memiliki minyak dan bahanapi. Minyak dan Bahanapi adalah sumber yang mengerakkan kesemua jentera peperangan. Tentera moden kini amat memerlukan sumber tersebut. Apabila sumber logiktik itu disekat, manakan mungkin pihak tentera yang zalim tersebut meneruskan peperangan. Bekalan mereka terputus dari Negara pelancar serangan. Faktor ke-2, wilayah perjalanan laut kebanyakkan di kuasai oleh negeri kaum muslimin. Selat Melaka dan selat Suez adalah kawasan genting yang perlu disekat kemaraan tentera yang zalim tersebut. Dengan itu, kemaraan musuh Islam akan menjadi sukar dan perjalanan mereka memakan masa yang lama.

Kesimpulannya, Islam dan kaum muslimin ada protensi besar untuk memenangi peperangan moden ini. Cuma pemimpin yang sedia ada kini hanya menjadi boneka musuh Islam dan mereka sentiasa tunduk patuh segala arahan oleh musuh Islam. wasalam