Yarmuk diantara kehebatan dan kesetiaan
Jihad di Yarmuk diuji lagi diantara kehebatan panglima perang Islam dan
kesetiaannya dalam Islam. Dibandingkan jumlah bilangan tentera yang tidak
seimbang mengambarkan sesuatu mustahil pasukan Islam memenangi pertempuran ini.
Namun, bekalan keimanan seluruh tentera muslimin yang padu dan jitu dapat
mematahkan serangan hebat dari pasukan Romawi. Ketika hampir mencapai kejayaan
tibalah utusan surat pemecatan Panglima perang dari Khalifah Umar RA. Kali ini,
kesetiaan Khalid Al Walid diuji lagi. Bagi insan biasa, mungkin terjadi seperti kita
sukar untuk menerima berita ini. yalah, setelah berhempas pulas berjuang, tiba-tiba
berita pemecatan pula yang datang. Namun, kesetiaan panglima perang tidak berbelah bagi. Baginya, hanya untuk Islam, bukan untuk seseorang. Nampak sungguh keikhlasannya hanya kerana Allah. Bukannya mencari keredhaan sesama manusia.
Ujian ini lebih hebat jika dibandingkan dengan kehebatan di medan tempur yang sebenarnya. Bayangkanlah kalau beliau bertindak memberhentikan serangan ke atas pasukan Romawi dan mengarahkan pasukan Islam menyerang ke Madinah untuk merebut tahta jawatannya. Namun ini tidak berlaku.
Sebaliknya, panglima perang, Khalid Al Walid hanya berlapang dada dan mengarah berita ini dirahsiakan sehinggalah pasukan Islam mencapai kemenangan yang mutlak. Ini untuk menjaga moral dan motivasi tentera Islam yang lain agar terus berjuang.
Selanjutnya, kisah-kisah terperinci Jihad kaum muslimin di Yarmuk ada di sini:
kisah selanjutnya,klik di sini
Where is Today’s Muhammad bin Qasim,..
4 years ago