Tuesday, October 27, 2009

Terjadi lagi, dimana garisan penamatnya?


Bakar al-Quran: Protes ganas berterusan

KABUL 26 Okt. – Polis Afghanistan hari ini melepaskan tembakan dan menghalakan meriam air ke arah penunjuk perasaan yang melancarkan protes di sini selepas timbul dakwaan tentera Barat membakar senaskhah al-Quran.

Tiga orang dilaporkan cedera terkena tembakan dalam pertempuran dengan polis, apabila polis cuba menghalang kira-kira 300 pelajar yang kebanyakannya lelaki daripada berarak ke bangunan Parlimen, kata ketua siasatan jenayah polis Kabul, Sayed Abdul Ghafar Sayedzada.

“Polis melepaskan tembakan ke arah orang ramai dan sebutir peluru mengenai saya ketika saya hendak menutup kedai saya,” kata seorang pemuda, Sherullah yang dimasukkan ke hospital setelah cedera di pinggul.

Sayedzada menafikan polis melepaskan tembakan ke arah orang ramai dan mendakwa mereka hanya menembak ke udara, selain menggunakan meriam air.

Bagaimanapun seorang doktor di wad kecemasan hospital Ibn Sina memberitahu AFP, sekurang-kurangnya tiga lelaki yang cedera ditembak telah dimasukkan ke hospital.

Lebih 15 anggota polis turut cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan itu, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Zemarai Bashary.

“Kami mengadakan tunjuk perasaan untuk membantah pembakaran al-Quran oleh tentera asing tetapi polis tiba dan mula memukul kami,” kata seorang pemuda yang ditangkap.

Dalam protes serupa di sini semalam, penunjuk perasaan membakar patung Presiden AS, Barack Obama dan menyerang polis yang melepaskan tembakan ke udara untuk menyuraikan mereka.

Protes serupa tetapi lebih kecil turut berlaku di bandar Jalalabad dan Kandahar pada minggu lepas.

Seorang jurucakap Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) pimpinan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berkata, dakwaan mengenai pembakaran al-Quran itu sudah disiasat dan didapati tidak berasas.

“Siasatan mendapati tidak ada anggota ISAF atau tentera Afghan yang membakar sebarang naskhah al-Quran di wilayah Wardak,” kata jurucakap itu. – AFP

------------
Kenapa? Ini sering berlaku, namun masih tiada pembela yang diharapkan.
Cuma kini kita lihat hanya penguasa yang diangkat oleh Penjajah Barat
mengekang suara-suara mempertahankan kesucian Islam. Mereka bukanlah
pembela atas kesucian Islam tapi merekalah yang menjadi onar dalam
gelora kebangkitan ini. Mereka(penguasa)seperti "Duri dalam daging"
atau "Sokong bawa rebah"...Sungguh hina penguasa yang berkelakuan
seperti terjadi di sana. Sampai bila ini semua ini sampai garisan penamat.

Insya Allah, kian hari kian jelas..bahawa kebatilan, kepura-puraan para
pemerintahan mulkan Jabarian dimata masyarakat penuh dengan kehinaan,keburukan
dan semakin ramai menyokong gerakan kebangkitan Islam yang sebenarnya. Khilafah!!
ya, itulah satu-satu kebenaran yang akan timbul dari kegelapan lumpur yang hina