Monday, October 19, 2009

Tentera upahan-hak asasi manusia dipertikaikan





Firma ketenteraan persendirian
Jalan belakang untuk Hak-hak Asasi Manusia

Firma Ketenteraan Persendirian atau lebih dikenali tentera upahan. Malah ia turut disebut istilah popularnya, Dogs Of War (Anjing Perang). Kumpulan tentera ini tidak mempunyai taat setia kepada mana-mana negara selain hanya tunduk dan patuh kepada ganjaran ataupun upah yang diterima bagi meraih keuntungan.

Lebih 90 firma ketenteraan persendirian atau PMC(Private Military Corporation) yang berkhidmat untuk lebih 110 buah negara, memberikan perkhidmatan ketenteraan yang pelbagai dari latihan, membekalkan sistem persenjataan,logistik,kawalan keselamatan sehinggalah anggota tentera untuk menceroboh mana-mana negara.

Artikel 47 dalam Konvensyen Geneva menetapkan bahawa tentera upahan adalah mereka yang direkrut untuk menyertai konflik bersenjata oleh sebuah negara, yang bukan merupakan negara ibunda mereka dengan tujuan mendapat atau mengaut keuntungan peribadi semata-mata.

Oleh itu, tugas mereka lebih seperti pengawal atau tentera persendirian yang diupah oleh pemimpin atau diktator yang memerintah secara kuku besi. Mereka akan memastikan bahawa rejim yang mengupah mereka terus kekal memerintah ataupun memboloti sumber galian, industri dan kewangan yang wujud tanpa sebarang tanggungjawab kemanusiaan.

Malahan, firma ketenteraan persendirian (PMC) juga digunakan oleh kuasa besar untuk mengekalkan dan mempertahankan rejim-rejim (pemerintah) sahabat ataupun menjatuhkan rejim (pemerintah) yang mereka tidak sukai.

Contoh penggunaan firma ketenteraan persendirian (PMC), sebuah firma kontraktor PMC diberikan kontrak bernilai USD 77 juta oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengawal keselamatan telaga-telaga minyaknya. Di benua Asia pula. Di Filipina, firma PMC dikatakan lebih ramai daripada tentera dan polis yang sedia ada. Firma PMC terlibat dalam melatih pasukan khas di Irian Jaya, di Kampuchea firma PMC menjalankan aktiviti mencari periuk api.

Masalah Firma Ketenteraan Persendirian (PMC)
Persoalan yang timbul, di mana letaknya Hak Asasi Manusia (HAM) yang dilaungkan sebagai institusi yang suci lagi adil. Yang kononnya mampu menjaga kesejahteraan manusia. Sekiranya masih ada jalan belakang untuk dikhianati. Ternyata pembohongan hukum-hukum manusia ciptakan. Apa yang dilaungkan masih ada pintu keluar untuk dibolosi.

Ini kerana Firma Ketenteraan Persendirian (PMC) tidak terikat kepada undang-undang antarabangsa(PBB) dan PMC juga tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian yang berkaitan dengan Hak-hak Asasi manusia(HAM) serta tatacara peperangan. Malahan PMC juga tidak dapat dipantau seliaan senjata oleh negara yang diupahnya.

Ini bermakna, Firma PMC mampu melakukan sebarang keganasan dan kezaliman kerana ia tidak terikat dengan perjanjian Geneva ataupun Hak-hak Asasi Manusia. Maka, fungsi Hak-hak Asasi Manusia terhenti setakat ini saja.

Namun, bahaya firma PMC ini mampu mencereboh negara sasaran untuk menjatuhkan pemerintahan yang kuasa besar tidak sukai. Serta mampu mempertahankan pemerintahan yang berkuku besi walaupun seluruh rakyat di wilayah tersebut membencinya bahkan tidak menjadi masalah sekiranya sebahagian besar anggota tentera tempatan turut tidak menyukai. Mungkin inilah digunakan bagi wilayah penduduk islam di Uzbekistan, Pakistan, dan sebagainya. Tidak hairanlah sekiranya Islam Karimov, selaku pemerintah kuku besi di Uzbekistan mampu bertahan lama walaupun pembunuhan ke atas rakyat yang mencintai Islam untuk diterapkan dibunuh secara berleluasa. Pastinya, semakin ramai penduduk di Uzbekistan tidak menyukai pemerintah rejim tersebut. Namun, atas pertolongan dan menggunakan perkhimatan firma ketenteraan persendirian(PMC) dapat mengekang masalah tertimbul.

Sejauh Mana Kesetiaan PMC
Selaku tentera upahan yang diupah, semestinya ketaatan dan kesetiaan mereka tertakluk imbuhan wang yang diterima. Ikatan mereka sekadar Ikatan Materi. Ikatan semacam ini, adalah ikatan yang longgor dan tidak sendat. Kerana, ikatan semacam ini adalah bersifat sementara. Sekiranya, ada peluang ganjaran upah yang lebih lumayan ditawarkan. Tidak mustahil firma PMC mengkhianati pihak yang mula-mula mengupahnya.

Atau, sekiranya ada ancaman yang mengugat keuntungan firma PMC, kemungkinan besar firma PMC akan melarikan diri. Benarkah mereka sedia mengorbankan nyawa mereka untuk agenda majikan mereka. Semestinya mereka amat sayang akan nyawa mereka dan mereka (orang kafir) memang terkenal sebagai insan yang takutkan mati. Mereka akan berjuang hanya separuh hati. Kalau tidak percaya, kita lihat orang Gurkha yang hidup di wilayah ini. Mereka juga kita sebutan tentera upahan
British.wasalam