Tuesday, September 29, 2009

Janji Allah pasti berlaku

Berdirinya Khilafah: Janji Allah

Ulama empat mazhab juga telah menyatakan bahawa tegaknya Khilafah Islamiyah adalah janji Allah SWT kepada orang-orang Mukmin. Al-Quran telah menyebutkan janji ini (tegaknya kekhilafahan Islam) dengan jelas dan terang. Allah SWT berfirman;

"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih di antara kalian, bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa" .(QS an-Nur [24]: 55).

Imam Ibnu Katsir, ketika menafsirkan ayat di atas, menyatakan, “Inilah janji dari Allah SWT kepada Rasulullah SAW, bahawa Allah SWT akan menjadikan umat Nabi Muhammad SAW. sebagai khulafâ’ al-ardh; yakni pemimpin dan pelindung kepada umat manusia. Dengan merekalah (para khalifah) akan memelihara negeri dan seluruh hamba Allah akan tunduk kepada mereka.” (Imam Ibnu Katsir, Tafsîr Ibn Katsîr, VI/77).

Imam ath-Thabari juga menyatakan, “Sesungguhnya Allah akan mewariskan bumi kaum musyrik dari kalangan Arab dan bukan Arab kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya, Allah akan menjadikan mereka sebagai penguasa dan pengaturnya.” (Imam ath-Thabari, Tafsîr ath-Thabari, XI/208).

Janji besar ini tidak hanya berlaku bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh pada generasi para Sahabat sahaja, malahan berlaku juga sepanjang masa bagi orang-orang Mukmin yang beramal soleh. Imam asy-Syaukani berkata, “Inilah janji dari Allah SWT kepada orang yang beriman kepada-Nya dan melaksanakan amal soleh tentang Kekhilafahan bagi mereka di muka bumi, sebagaimana Allah pernah mengangkat sebagai penguasa kepada orang-orang sebelum mereka. Inilah janji yang berlaku umum bagi seluruh generasi umat. Ada yang menyatakan bahwa janji di dalam ayat tersebut hanya berlaku bagi Sahabat sahaja. Sesungguhnya, pendapat seperti ini tidak memiliki asas sama sekali. Alasannya adalah iman dan amal soleh tidak hanya dikhususkan pada Sahabat sahaja, namun ia juga boleh diraih oleh setiap generasi umat Islam sesudah mereka.” (Imam asy-Syaukani, Fath al-Qadîr, V/241).

Berdasarkan huraian para ulama di atas, dapatlah disimpulkan bahawa tegaknya Khilafah Islamiyah adalah janji Allah SWT. Ini bererti bahwa Khilafah Islamiyah pasti akan ditegakkan dengan izin Allah SWT. Seorang Muslim wajib meyakini bahawa Khilafah Islamiyah pasti akan ditegakkan kembali. Seorang Muslim tidak dibenarkan sama sekali menyatakan bahawa perjuangan menegakkan kembali Khilafah Islamiyah adalah satu bentuk perjuangan uthopia, khayalan, mustahil, kenangan sejarah dan sebagainya. Kenyataan-kenyataan seumpama itu merupakan satu bentuk keraguan terhadap janji Allah SWT. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas, bahawa janji Allah SWT pasti ditunaikan:

"Langit pun menjadi pecah-belah pada hari itu karena Allah. Janji Allah pasti terlaksana" (QS al-Muzammil [73]: 18).

"Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (QS ar-Rum [30]: 6).

Oleh itu, bersegeralah melibatkan diri dalam perjuangan yang penuh kemulian dan keberkatan ini. Benar, perjuangan menegakkan kembali Khilafah Islamiyah merupakan perjuangan penuh kemulian dan keberkatan .Oleh itu, inilah perjuangan yang direstui, yang dinyatakan oleh para ulama mu’tabar, dan dinaungi oleh janji Allah SWT, yang mana ia akan membuahkan kejayaan lalu menjadi sebab tertegaknya hukum-hukum Allah SWT secara syâmil, kâmil dan mutakâmil.

Wallâh al-Muwaffiq ilâ Aqwam ath-Thâriq.

Janji Allah pasti berlaku

Berdirinya Khilafah: Janji Allah

Ulama empat mazhab juga telah menyatakan bahawa tegaknya Khilafah Islamiyah adalah janji Allah SWT kepada orang-orang Mukmin. Al-Quran telah menyebutkan janji ini (tegaknya kekhilafahan Islam) dengan jelas dan terang. Allah SWT berfirman;

"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih di antara kalian, bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa" .(QS an-Nur [24]: 55).

Imam Ibnu Katsir, ketika menafsirkan ayat di atas, menyatakan, “Inilah janji dari Allah SWT kepada Rasulullah SAW, bahawa Allah SWT akan menjadikan umat Nabi Muhammad SAW. sebagai khulafâ’ al-ardh; yakni pemimpin dan pelindung kepada umat manusia. Dengan merekalah (para khalifah) akan memelihara negeri dan seluruh hamba Allah akan tunduk kepada mereka.” (Imam Ibnu Katsir, Tafsîr Ibn Katsîr, VI/77).

Imam ath-Thabari juga menyatakan, “Sesungguhnya Allah akan mewariskan bumi kaum musyrik dari kalangan Arab dan bukan Arab kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya, Allah akan menjadikan mereka sebagai penguasa dan pengaturnya.” (Imam ath-Thabari, Tafsîr ath-Thabari, XI/208).

Janji besar ini tidak hanya berlaku bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh pada generasi para Sahabat sahaja, malahan berlaku juga sepanjang masa bagi orang-orang Mukmin yang beramal soleh. Imam asy-Syaukani berkata, “Inilah janji dari Allah SWT kepada orang yang beriman kepada-Nya dan melaksanakan amal soleh tentang Kekhilafahan bagi mereka di muka bumi, sebagaimana Allah pernah mengangkat sebagai penguasa kepada orang-orang sebelum mereka. Inilah janji yang berlaku umum bagi seluruh generasi umat. Ada yang menyatakan bahwa janji di dalam ayat tersebut hanya berlaku bagi Sahabat sahaja. Sesungguhnya, pendapat seperti ini tidak memiliki asas sama sekali. Alasannya adalah iman dan amal soleh tidak hanya dikhususkan pada Sahabat sahaja, namun ia juga boleh diraih oleh setiap generasi umat Islam sesudah mereka.” (Imam asy-Syaukani, Fath al-Qadîr, V/241).

Berdasarkan huraian para ulama di atas, dapatlah disimpulkan bahawa tegaknya Khilafah Islamiyah adalah janji Allah SWT. Ini bererti bahwa Khilafah Islamiyah pasti akan ditegakkan dengan izin Allah SWT. Seorang Muslim wajib meyakini bahawa Khilafah Islamiyah pasti akan ditegakkan kembali. Seorang Muslim tidak dibenarkan sama sekali menyatakan bahawa perjuangan menegakkan kembali Khilafah Islamiyah adalah satu bentuk perjuangan uthopia, khayalan, mustahil, kenangan sejarah dan sebagainya. Kenyataan-kenyataan seumpama itu merupakan satu bentuk keraguan terhadap janji Allah SWT. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas, bahawa janji Allah SWT pasti ditunaikan:

"Langit pun menjadi pecah-belah pada hari itu karena Allah. Janji Allah pasti terlaksana" (QS al-Muzammil [73]: 18).

"Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (QS ar-Rum [30]: 6).

Oleh itu, bersegeralah melibatkan diri dalam perjuangan yang penuh kemulian dan keberkatan ini. Benar, perjuangan menegakkan kembali Khilafah Islamiyah merupakan perjuangan penuh kemulian dan keberkatan .Oleh itu, inilah perjuangan yang direstui, yang dinyatakan oleh para ulama mu’tabar, dan dinaungi oleh janji Allah SWT, yang mana ia akan membuahkan kejayaan lalu menjadi sebab tertegaknya hukum-hukum Allah SWT secara syâmil, kâmil dan mutakâmil.

Wallâh al-Muwaffiq ilâ Aqwam ath-Thâriq.

Saturday, September 26, 2009

Apabila kapitalis ditolak di negara sendiri

Polis AS, pelajar bertempur lagi

PITTSBURGH 26 Sept. - Polis dan penunjuk perasaan anti kapitalis bertempur di kampus Universiti Pittsburgh malam tadi, beberapa jam selepas Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) berakhir semalam.
Polis melepaskan tembakan 'bungkusan kacang' yang berisi peluru getah bagi menyuraikan kira-kira 40 penunjuk perasaan yang berkumpul di sebuah plaza bagi satu 'perhimpunan menentang keganasan polis' yang dianjurkan melalui mesej Twitter.
Ratusan pelajar keluar daripada bilik mereka yang berhampiran bagi melihat polis dalam pakaian anti rusuhan yang mengepung penunjuk perasaan di plaza tersebut dan mereka turut diminta bersurai.
Polis menggunakan gas pemedih mata dan peralatan akustik yang menghasilkan bunyi bising bagi membuatkan pelajar lari mencari perlindungan.
"Kami sedang berdiri di satu selekoh dan mereka tidak memberikan arahan supaya bersurai sebaliknya mereka mula menembak kami,'' kata seorang pelajar, Curtis Stine, 21, kepada Reuters.
Kebanyakan pelajar berkata, mereka keluar untuk melihat tunjuk perasaan malam tadi hanya untuk berhibur dan mereka juga tidak tahu tujuan sebenar ia diadakan.
Ini merupakan malam kedua pertempuran berlaku di kampus tersebut. Malam kelmarin, polis turut menembak 'bungkusan kacang' dan melepaskan gas lada bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang memecahkan tingkap di lebih sepuluh kedai dan bank.
Terdahulu, lebih 10,000 penunjuk perasaan mengadakan satu perarakan secara aman. Penunjuk perasaan - daripada pencinta alam sekitar, sosialis, rakyat Palestin serta Tibet dan pekerja kesatuan - berarak ke arah pusat konvensyen di mana pemimpin-pemimpin G20 membincangkan tentang ekonomi global.
Mereka dihalang oleh sekumpulan polis yang memakai perisai badan. Polis turut membuat sekatan kira-kira 0.8 kilometer daripada pusat konvensyen berkenaan bagi menghalang penunjuk perasaan.
Penunjuk perasaan turut membawa sepanduk tertera 'Kami Katakan Tidak Kepada Korporat Tamak' dan 'G20 dengan Kapitalisme' - Reuters

Sunday, September 13, 2009

Umat Islam diganggu

Umat Islam England diganggu


LONDON 12 Sept. – Polis antirusuhan menahan 10 orang semalam ketika menyuraikan ketegangan yang timbul akibat tunjuk perasaan anti-Islam di luar sebuah masjid
di London pada hari ulang tahun serangan 11 September.


Demonstrasi anti-Islam itu mencetuskan kemarahan kira-kira
1,000 pemuda Islam berdekatan Masjid Utama Harrow, barat laut London
yang menyaksikan seorang ditahan kerana melanggar keamanan dan sembilan
lagi kerana memiliki senjata seperti botol peluntur, tukul dan pahat.

Polis dikerahkan selepas sekumpulan pemuda Islam yang memakai topeng muka,
melontar kayu dan batu ke arah kumpulan kecil penunjuk perasaan anti-Islam
berkenaan.
Suasana kecoh yang berlaku memaksa polis mengelilingi kumpulan tunjuk
perasaan kulit putih itu kira-kira 500 meter dari masjid.
Demonstrasi itu dianjurkan oleh pertubuhan Hentikan Pengislaman
Eropah (SIOE) yang kononnya berjalan dengan aman dengan seorang anggotanya,
Stephen Gash menegaskan tidak mahu sebarang masjid dibina sehingga isu kebencian diselesaikan.Pengunjung masjid menyatakan bahawa tindakan
mereka adalah semata-mata melindungi rumah Allah.


“Semua orang boleh menjalankan demonstrasi tetapi sekiranya anda
melakukan hasutan kebencian ke atas manusia lain, ia tidak dibenarkan.
Undang-undang Inggeris juga tidak membenarkannya,”
kata Abdullah Al-Andalusi, 30.

Kebimbangan mengenai keganasan sedemikian kian meningkat selepas
berlaku pergaduhan ketika perarakan menentang fundamentalisme Islam
oleh sebuah kumpulan pelampau kanan, Liga Pertahanan England yang
menyaksikan lebih 30 ditangkap di Birmingham. – AFP

Friday, September 11, 2009

Penduduk Uighur "Dilarang" Berpuasa

Penduduk Uighur "Dilarang" Berpuasa


URUMQI: Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang didakwa mengeluarkan
notis tidak menggalakkan pekerja Uighur berpuasa di bulan Ramadan.

Langkah juga didakwa diambil pihak berkuasa di wilayah yang
menempatkan penduduk Islam etnik Uighur untuk memaksa
mereka tidak mematuhi amalan agama ketika Ramadan.

"Makanan tengah hari, teh dan kopi percuma yang disifatkan pihak
berkuasa sebagai 'sagu hati daripada kerajaan' atau elaun sara
hidup ditawarkan dalam jabatan dan syarikat tempatan.


"Bagaimanapun, ia sebenarnya satu usaha mengenal pasti
siapa yang berpuasa," kata Dilxat Raxit, jurucakap Kongres
Dunia Uighur kepada The Epoch Times.

Dilxat berkata, pekerja Parti Komunis Uighur di seluruh Xinjiang
dipaksa menandatangani surat aku janji tidak berpuasa atau
melaksanakan aktiviti agama lain. Mereka juga mengenakan
dasar itu di kawasan bertugas dan berhadapan dengan hukuman.

Buat pertama kali, operasi berkenaan diperluas kepada ahli
Parti Komunis bersara. Pekerja sedia ada dikehendaki melawat
mereka untuk menggalakkan mereka tidak berpuasa. Pemilik
restoran juga didakwa diarah membuka perniagaan ketika
Ramadan atau lesen perniagaan dibatalkan. - Agensi

Sunday, September 6, 2009

BENTUK PEMERINTAHAN ISLAM

Bentuk pemerintahan Islam Sistem pemerintahan Islam tidak sama
dengan semua jenis sistem pemerintahan di dunia ini.

1. Pemerintahan Islam Bukan Monarki (Monarchi)

Sistem monarki menerapkan sistem secara warisan,iaitu dari orang tuanya setelah ianya meninggal dunia sebagaimana ia mewariskan harta waris. Namun sistem pemerintahan islam akan dipegang oleh orang yang dibai’at oleh umat dengan penuh redha dan kebebasan memilih. Sistem Monarki telah memberikan hak tertentu serta hak istimewa khusus untuk raja saja. Sistem tersebut menjadikan raja diatas undang-undang dan secara peribadi memiliki kekebalan hukum. Raja, kadangkala hanya simbol bagi umat dan tidak memiliki kuasa apa-apa seperti raja di Eropah dan raja disini (Malaysia) Ataupun raja mempunyai kuasa yang penuh, bahkan menjadikan sumber hukum sehingga ianya bebas mengendalikan negerinya dan rakyatnya dengan sesuka hati, sepertimana raja di Saudi, Maroko dan Yordania. Lain halnya dengan sistem pemerintahan Islam, dimana ianya tidak memberi hak istimewa yang khusus kepada khalifah, hak khalifah dan hak rakyat adalah sama. Khalifah bukan simbol umat. Namun Khalifah adalah wakil umat dalam masalah pemerintahan dan kekuasaan sehingga khalifah juga terikat dengan hukum syarak dalam semua tindakannya.

2. Pemerintahan Islam Bukan Republik

Sistem Republik terdiri daripada sistem Demokrasi iaitu kedaulatan ditangan rakyat sedangkan sistem pemerintahan Islam mempunyai konsep kedaulatan ditangan syarak. Ini berbeza diantara dua sistem. Sistem republik dengan bentuk president, yang memiliki wewenang sebagai kepala negara Sekaligus merangkap sebagai perdana menteri. Sedangkan sistem Pemerintahan Islam tiada menteri, tiada president dan tiada perdana menteri serta tiada parlimen. Yang ada pun sebagai pembantu khalifah disebut Mu’awin untuk melaksanakan apa-apa yang diputuskan olehnya.

3. Pemerintahan Islam Bukan Kekaisaran (Empayar)

Sistem kekaisaran adalah sistem tidak menganggap sama dengan bangsa/kesukuan (ras) yang satu dengan yang lain dalam hal pembentukan hukum didalam wilayah kaisar. Sistem ini memberikan keistimewaan dalam bidang pemerintahan, kewangan dan ekonomi diwilayah pusat sahaja. Sedangkan islam menuntut kesamarataan dan menolak ikatan kesukuan/kebangsaan diamalkannya. Sistem Pemerintahan Islam memberikan hak-hak rakyat dan kewajibannya kepada rakyat dari orang muslim atau non muslim.

4. Pemerintahan Islam Bukan Persekutuan/Federasi

Sistem persekutuan yang membahagikan wilayah-wilayahnya dalam otonominya sendiri dan bersatu dalam pemerintahan secara umum. Tetapi sistem pemerintahan Islam adalah sistem kesatuan. Kewangan dan perbelanjaan dalam sistem Islam dianggap satu untuk kepentingan seluruh rakyatnya. Contohnya, ada wilayah yang pendapatan besar,maka wilayah tersebut akan dibelanjakan sesuai dengan tingkat keperluannya dan selebihnya dari pendapatan dari wilayah itu akan diberi kepada wilayah lebih memerlukannya (yang pendapatan kecil)

Sistem Pemerintahan Islam

1.Kedaulatan ditangan syarak (As siyadah li as syar’i)
i. Menjadikan pengendalian dan penguasa adalah hukum syarak.
ii.Mempunyai kedudukan yang sama dihadapan hukum syarak tanpa membezakan penguasa{khalifah}mahupun rakyat {umat}.
iii.Ketaatan kepada khalifah terikat dengan ketentuan hukum syarak,bukannya ketaatan secara mutlak. Tidak pada perkara kemaksiatan.
iv.Wajib mengembalikan masalah kepada hukum syarak apabila berlaku perselisihan antara umat dengan khalifah.
v.Wajib ada kawalan ke atas negara dilakukan oleh parti/jamaah islam@umat. vi.Adanya mahkamah yang bertugas utk menghilangkan penyimpangan terhadap hukum syarak iaitu mahkamah mazalim.
vii.Mengangkat senjata untuk mengambil alih kekuasaan apabila khalifah menyimpang dari hukum syarak.pengangkat senjata tidak dihukumi sebagai tindakan pembangkang. Dalil Kedaulatan ditangan Syarak: “Hai orang yang beriman, taatlah Allah dan taatlah Rasul-Nya, dan ulil amri (penguasa) diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah(Al Quran) dan rasul(sunnahnya), jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian” (Surah An Nisa;ayat 59)

2.Kekuasaan Ditangan umat (as sulthan li al ummat)
i.Tiada kekuasaan yang diperolehi oleh seorang muslim kecuali diberikan oleh umat. Dengan cara bai’at.oleh itu hukum fardhu kifayah untuk mengangkat khalifah. Hukum fardhu ain untuk mentaati khalifah.
ii. Umat mempunyai hak untuk mengangkat khalifah dengan redha (rela) seperti Muawiyah yang mulanya diambil dengan paksa dari khalifah Ali bin Abu talib.
iii. Pemerintahan Islam tidak berbentuk kerajaan yang diperolehi dengan warisan.kuasa ditangan umat kepada khalifah secara bai’at perlu diserahkan kepada umatnya juga. iv.Meskipun umat berhak mengangkat penguasa namun kedudukannya bukan sebagai mustajir (majikan) dan khalifah bukan sebagai ajir (buruh).tidak seperti sistem demokrasi, rakyat(majikan) memilih/mengangkat pemimpin(buruh),rakyat pengubal undang-undang dan pemimpin melaksanakan undang-undang tersebut. Sistem pentadbiran Islam tidak seperti itu. Tak sama langsung. Khalifah bertindak tegas terhadap rakyat/umat jika berlaku penyelewengan dari hukum syarak.
v. Umat berhak syura(berbincang/bersuara) dengan khalifah,meskipun tidak mempunyai hak untuk melucutkan jawatan khalifah.
vi. Khalifah adalah pelayan umat dengan memenuhi maslahat mereka dan mencegah mudarat yang menimpa mereka. Diantara Salah Satu Dalil Kekuasaan Ditangan Umat: Dari Nafi’ berkata:Abdullah bin Umar berkata kepadaku “Sesiapa saja yang melepaskan tangan dari ketaatan kepada Alllah, ia akan bertemu dengan Allah di hari kiamat tanpa hujjah, dan siapa saja mati sedangkan diatas pundaknya (bahunya) tiada bai’at,maka ia mati seperti mati jahiliyah”[HR Muslim]

3. Pengangkat satu khalifah untuk seluruh muslimin hukumnyawajib(wujub nashbi al khalifah al wahid li al muslimin)
i. Khalifah Islam wajib hanya ada satu. Tidak boleh ada lebih dari satu khalifah dalam satu zaman seperti pada zaman Abbasiyah adalah kesalahan yang tidak dijadikan sebagai dasar hukum syarak.
ii. Bentuk negara kekhalifahan Islam adalah berbentuk kesatuan. Hanya dibenarkan ada satu ketua negara{khalifah},satu undang-undang dan hanya satu negara (tanpa sempadan antara negara islam dengan negara islam seperti sekarang)
iii. Sistem pemerintahan khalifah islam mengikut sistem pusat. Pemerintahan merupakan kuasa khalifah dan kekuasaan dalam satu negara adalah tunggal. Dalam dunia ini hanya ada satu negara Islam sahaja.
iv. Khalifah adalah negara. Ahli politik barat mendefisikan negara adalah kumpulan daripada wilayah, rakyat dan pemerintahan. Islam menggambarkan negara sebagai kekuasaan kerana wilayah islam sentiasa berkembang. Dalil mengenai tajuk di atas: Dari Adi Said Al Khudri dari Nabi saw bersabda, “Apabila dibai’at dua khalifah,maka bunuhlah yang terakhirnya dari keduanya” [HR. Muslim]

4. Khalifah mempunyai hak untuk mengambil dan menetapkan hukum syarak untuk menjadi undang-undang (li al Khalifah wahdah haq at tabanni)

i. Mengambil dan menetapkan hkum mestilah terikat dengan hukum syarak. Hanya menggunakan Al Quran,Al hadis,Ijmak sahabat dan Qisas sebagai landasannya.

ii. Untuk menghilangkan perselisihan ditengah masyarakat.

iii.Kepimpinan secara tunggal,tiada perlembagaan lain setanding kuasa khalifah

iv. Tiada hak membuat apa-apa undang-undang kecuali khalifah.termasuk majlis umat tidak hak membuat undang-undang dan tiada lembaga legislatif didalam khalifah.

Tiada konsep pengasingan kuasa seperti legislatif,eksekutif dan judikatif. Hanya khalifah sahaja memiliki hak . Dalil ini diambil dalil ijimak sahabat. Berdasarkan Ijimak Sahabat ini diambil kaidah ushul fiqih sangat popular: “Perintah Imam {khalifah} menghilang perselisihan” “Perintah Imam{khalifah} harus dilaksanakan”

SEJARAH PERANG AMERIKA

SEJARAH PERANG AMERIKA

Berikut sejarah peperangan dan campurtangan Amerika Syarikat terhadap negara-negara seluruh dunia.

1. Perang dunia pertama (1917-1918): Tentera laut dan darat dihantar ke eropah untuk menentang kuasa Axis.

2. Rusia (1918-22):Tentera laut dan pasukan tentera dihantar ke timur rusia selepas revolusi Bolsheveik, Tentera darat telah membuat lima pendaratan.

3. Honduras (1919); Tentera Marin telah dihantar semasa pilihanraya kebangsaan Honduras.

4. Guatemala(1920)pasukan tentera menakluk Guantemala selama 2 minggu semasa kesatuan sekerja mogok.

5. Turki(1922): Tentera menentang nasionalis di Smyrna.

6. China(1922-27):Tentera laut dan darat berpecah semasa pemberontakan nasionalis.

7. Honduras(1924-25): Pasukan tentera mendarat sebanyak 2 kali semasa pilihanraya kebangsaan.

8. Panama(1925): Pasukan tentera dihantar masuk utk meleraikan mogok umum.

9. China(1927-34): Tentera marin dihantar msk dan bertapak selama 7tahun diseluruh China.

10. El Savabor(1932): Kapal-kapal perang laut telah berpecah semasa pemberontakan FMLN dibwh Marti.

11. Perang dunia ke-2(1941-45): Tentera telah menentang kuasa Axis(jepun, jerman dan itali).

12. Yugoslavia(1946):tentera laut berpecah meninggalkan persisiran pantai Yugoslavia sebgi tindakbalas ke ats kejatuhan pesawat juang US .

13. Uruguay(1947);Pasukan pengebom telah bertindak utk menunjukkan kekuasaan tentera US.

14. Greece(1947-49):operasi US telah menjamin kemenangan kpd kumpulan kanan dlm pilihanraya kebangsaannya.

15. Jerman(1948): Tentera dibubarkan sebgi tindakbalas keatas sekatan Berlin,pengangkutan udara Berlin digantung selama 444hari.

16. Filipina(1948-54): CIA mengarahkan satu perang saudara menentang pemberontakan kemerdekaan di filipina .

17. Puero Rico(1950): tentera US menolong dalam memecahpecahkan pemberontakan kemerdekaan Ponce.

18. Perang Korea(1951-53): tentera US masuk kancah peperangan tersebut.

19. Iran(1953): CIA telah mengatur rancangan utk menjatuhkan pemerintah yg dilantik secara Demokrasi,, Mossadegh dan meletakkan Shah dalam kekuasaan(boneka).

20. Vietnam(1954): US telah menawarkan senjata api kpd Perancis dlm peperangan menentang Ho Chi Minh dan Viet Minh.

21. Guatemala(1954):CIA menguling pemerintahan Arbenz yg dilantik secara Demokrasi dan meletakkan Kolonel Armas dlm kekuasaannya.

22. Mesir(1956):US Marin bertindak utk memindahkan orang asing selepas Nasser menasionalisasikan Terusan Suez.

23. Lebanon(1958):Tentera laut menyokong penaklukansemasa peperang saudara di Lebanon.

24. Panama(1958): US army mendarat selepas orang Panama melakukan Demontrasi mengancam Zon Terusan.

25. Vietnam(1950-75):US berperang dengan Vietnam.

26.Cuba(1961)pencerobohan Bay of Pigs yg diarahkan oleh CIA gagal utk mengulingkan kerajaan Castro.

27. Cuba(1962):US Marin mengkuarantin Cuba semasa krisis Peluru Berpandu Cuba.

28. Laos(1962): Penaklukan US Army semasa peperangan saudara menentang gerila Pathet Loa. 29. Panama(1964): Pembunuhan orang Panama semasa memprotes kehadiran Amerika Syarikat di Zon Terusan.

30. Indonesia(1965): CIA telah mengaturkan satu rampasan kuasa ketenteraan. 31. Republik Dominican(1965-66): Campurtangan US dlm pilihanraya disana.

32. Oman(1970):Marin melakukan pencerobohan secara langsung keatas Iran.

33. Loas(1971-75): US terbabit dlm peperangan saudara dgn menggunakan ‘Amerika Carpet-Bomb’.

34. Chile(1973): CIA mengaturkan rampasan kuasa dan membunuh Presiden Allenda yg dipilih secara Demokrasi.

35. Cambodia(1975): Rampasan kuasa

36. Angola(1976-92):Menokong pemberontak menentang Marxist Angola.

37.Iran(1980): Mengatur utk menyelamatkan tebusan seramai 54 orang telah ditawan di kedutaan Teheran.

38. Libya(1981):US menembak jatuh 2 pesawat Libya.

39. Lebanon(1982-84): Menakluki Beirut dlm perang saudara. 40.Iran(1984): Menembak jatuh pesawat Iran di teluk Parsi.

41.Iran (1987-8:US masuk campur dgn berpihak kpd Iraq semasa perang Iran-Iraq.

42.Arab Saudi(1990-91):US masuk campur dgn berpihak kpd Arab Saudi ketika peperangannya menentang Iraq.

43.Kuwait(1991): Perang Teluk pertama, US dihantar ke Kuwait untuk mengulingkan Saddam Husein(iraq).

44.Somalia(1992-94): US menakluki Somalia semasa perang saudara.

45. BOSNIA(1993-94): Jet tentera US telah mengebom ‘NO Fly Zone” semasa peperangan saudara di Yusgolavia.

46.Sudan(1998): Peluru Berpandu US menembak komplek farmasi yg dituduh disitu ada komponen gas saraf.

47. Afganistan(1998): Peluru pandu US jatuh keatas kem orang Afganistan yg dituduh adanya aktiviti latihan pengganas.

48.Iraq(1998-99)perang teluk ke-3, peluru pandu dijatuhkan dibandar Iraq selama 4 hari. Menguatkuasakan ‘No Fly Zone”.

49. Yugoslavia(1999):US lakukan pengebom dlm 11 minggu untuk menentang Milosevic. 50. Afganistan(200?);US berperang dgn Afganistan.



. Dari sejarah Amerika dengan penuh peperangannya serta campurtangan diseluruh negara didunia ini…maka kita perlu akui bahawa Amerika Syarikat lebih layak digelar sebagai NEGARA PENGGANAS…bukannya tuduhannya kepada kumpulan-kumpulan kecil yang hanya menuntut haknya untuk meneruskan kehidupannya. Dari sejarah ini, jugak…contohnya yang berlaku di Chile(1973): CIA mengaturkan rampasan kuasa dan membunuh Presiden Allenda yg dipilih secara Demokrasi.Dan contoh bagi negeri umat Islam pula iaitu Iran(1953): CIA telah mengatur rancangan utk menjatuhkan pemerintah yg dilantik secara Demokrasi,, Mossadegh dan meletakkan Shah dalam kekuasaan(boneka). Dari sejarah ini jugak…contohnya Laos(1962): Penaklukan US Army semasa peperangan saudara menentang gerila Pathet Loa. Dapat menunjukkan bahawa Amerika boleh memasuki Thailand yang sedang bergolak dan pemberontak rakyat thai dengan pepimpinnya sekarang ini…mungkin Amerika masuk campur dan meletakkan Pengkalan tenteranya…kemudian pengkalan tentera US mampu mengawal Malaysia dan Indonesia. Dari sejarah ini jugak…contohnya Iran (1987-8:US masuk campur dgn berpihak kpd Iraq semasa perang Iran-Iraq. Dan kemudian negara yang dibantu oleh Amerika (seperti Iraq) akan diserang kembali,, sepertimana terjadi Kuwait(1991): Perang Teluk pertama, US dihantar ke Kuwait untuk mengulingkan Saddam Husein(iraq).dan Iraq(1998-99)perang teluk ke-3, peluru pandu dijatuhkan dibandar Iraq selama 4 hari. Menguatkuasakan ‘No Fly Zone”.

Dan seterusnya US berperang dan mengalahkan Iraq pada tempoh masa terdekat ini. secara kesimpulannya..

1. Amerika memang negara Pengganas dan bukannya yang ia dakwa sebagai negara Pengaman.

2. Semua janji Amerika boleh masuk ke dalam bakul sampah kerana dalam siri peperangan dengan Iraq dapat membuktikannya Amerika yg bertopengkan PBB menyuruh Iraq membuang semua peluru pandu jarak jauh, dan setelah Iraq mematuhi arahan itu, kemudian Amerika menyerang Iraq.

3. Semua janji hak asasi dan kebebasan yg dilaungkan oleh Amerika adalah Palsu dan donggeng sahaja. Amerika mampu mengangkat dan menjatuhkan pepimpin yang ia sukai.Amerika Syarikat sebagai ketua demokrasi dunia menunjukkan contoh tak baik kepada negara diseluruh dunia….Patutkah kita mengikuti sistem Demokrasi itu.??

4. Kadang-kadang umat Islam perlu fikirkan siri pengeboman yg berlaku pada masa kini, contohnya di Bali yg menggunakan bom C4(adik nuklear)..tentu saja ada dalang dan campurtangan musuh Islam seperti Amerika ini…maka dari sejarah diatas menunjukkan bahawa ia dilakukan oleh Amerika sendiri..contohnya(16). Filipina(1948-54): CIA mengarahkan satu perang saudara menentang pemberontakan kemerdekaan di filipina . Dan (17.) Puero Rico(1950): tentera US menolong dalam memecahpecahkan pemberontakan kemerdekaan Ponce. Tak mustahil Amerika menjadi dalang dalam siri pengeboman pada masa kini dan dirata tempat.

Penyelesaian: Umat Islam perlu kembali kepada Islam supaya menjadi kuat atau setidak-tidaknya mampu mempertahankan Islam itu sendiri. Kalau dulu Islam mampu mengalahkan musuh dengan sedikit bilangannya dlm siri peperangannya (cthnya Badar) ,dan berbeza dengan sekarang ini bilangan umat Islam yg ramai tapi tak mampu membuat apa-apa atas pembunuhan, perogolan, penindasan dan pencerobohan pihak musuh Islam keatas Islam.

Apakah resepi umat Islam terdulu??? Inilah perkara yg perlu difikirkan! Tegakkanlah Khilafah!!!

Kebangkitan Sebenar Umat Adalah Dengan Pemikiran Islam

Bismillah al-Rahman al-Rahim


Buat kaum muslimin yang yakin akan keagungan Islam,
Yang yakin akan keutuhan Islam,
Yang merindukan kembalinya kehidupan Islam,
Yang mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas
Cintanya kepada harta , keluarga dan jiwanya sendiri.

Untuk Kaum Muslimin yang dinyatakan oleh Allah:
“Dan orang-orang yang mencurahkan kemampuannya
Semata kerana Kami,niscaya pasti Kami
Tunjuki jalan Kami”,

Untuk orang-orang yang saya cintai,
Yang sanggup mengorbankan apa yang dimilikinya
untuk kemuliaan dan keagungan agamaNya,
Risalah ini aku persembahkan..


Kebangkitan Sebenar Umat Adalah Dengan Pemikiran Islam

"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagai mana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredainya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa, mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku, dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu maka mereka itulah orang-orang yang fasik." [Surah An-Nur (24):55]

Assalamu 'alaikum wbt.

Wahai kaum Muslimin, wahai umat Islam.. Dewasa ini kita lihat umat Islam dimana-mana sahaja mereka mempunyai berbagai macam masalah. Realitinya pada hari ini umat Islam adalah umat yang paling lemah dan yang paling mundur kebelakang. Rata-rata dunia umat Islam ditindas, malah diperangi oleh musuh-musuh Islam. Saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, dan Afganistan di perangi, diseksa dan dibunuh dengan kejam. Belum lagi masalah-masalah yang menimpa umat Islam dinegara mereka masing-masing seperti kes pembunuhan, rompakan dan rasuah yang berlaku ke atas umat Islam sendiri. Islam sudah tidak dijadikan peraturan kehidupan malah ditinggalkan. Umat Islam mundur dari segi pemikiran dan juga dari segi kemajuan-kemajuan yang lain. Sedangkan Allah Swt. berfirman "Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia.." Akan tetapi realitinya pada hari ini umat Islam bukanlah umat yang terbaik. Umat-umat lain selain umat Islamlah yang menerajui dunia. Sememangnya umat Islam pernah mencapai kegemilangannya, menjadi umat terbaik, ketika mana hukum-hukum Allah dilaksanakan sepenuhnya. Umat Islam pernah menguasai tiga per empat dunia, merupakan umat yang paling baik keperibadian dan akhlaknya, menguasai perbagai kemajuan, menjadi contoh kepada umat-umat lain, memimpin dunia dengan perintah dan larangan Allah Swt. Akan tetapi akibat daripada konspirasi dan rancangan-rancangan jahat musuh-musuh Islam yang ingin menjatuhkan Islam dan juga kelalaian umat Islam itu sendiri dalam melaksanakan Islam menyebabkan umat Islam jatuh tersungkur dan dihinakan. Umat Islam mula dijajah dan diracuni pemikiran-pemikiran mereka dengan pemikiran-pemikiran dan peraturan kufur. Akibatnya umat Islam menjadi mangsa, keliru dan kacau bilau pemikiran dan pendiriannya. Hukum-hukum Islam mula ditinggalkan dan diganti dengan hukum-hukum thaghut (selain hukum-hukum Islam). Negara Islam dipecah-pecahkan menjadi negara-negara kecil, serta ditanamkan semangat nasionalis, dihadiahkan dengan kemerdekaan yang palsu dimana walaupun secara fizikalnya nampak bebas merdeka tetapi pemikiran mereka hakikatnya masih lagi dijajah. Menyedari hakikat yang terjadi, umat Islam mula sedar dan banyak usaha dilakukan kearah kebangkitan semula. Tetapi persoalannya sekarang kebangkitan macammanakah yang mampu membangkitkan umat dan sesuai dengan perintah Allah? Inilah topik yang hendak di perbincangkan pada kali ini agar pandangan umat menjadi jelas dan melalui jalan yang benar ke arah kebangkitan Islam dengan nahdhah al-shahih (kebangkitan yang sebenar)..

Wahai kaum Muslimin, wahai umat Islam.. Asas kepada kebangkitan umat ialah dengan meningkatkan kualiti pemikiran. Kebangkitan itu bermula dengan terbentuknya pemikiran yang dengannya terbentuknya mafhum (kefahaman). Daripada proses berfikir yang benar mengikut metod berfikir yang dijelaskan dalam Al-Quran akan membentuk aqidah (keyakinan). Seterusnya daripada aqidah tersebut akan terbentuknya kaidah fikriyah (kaedah berfikir). Secara ringkasnya gambaran kaidah fikriyah Islam ialah "suatu kaedah berfikir yang digunakan untuk membuat keputusan (kesimpulan) dengan disertai kesedaran akan hubungan diri dengan Allah Swt. dan juga hubungan diri dengan hisab-Nya di mana hubungan manusia dengan Allah ialah hubungan 'perintah dan larangan-Nya' manakala hubungannya dengan hari pembalasan ialah 'hisab' dimana manusia akan diberi balasan atas segala perbuatan yang dilakukannya." Dengan kaidah fikriyah semacam ini setelah terbentuknya aqidah dengan penuh keyakinan tentang kewujudan pencipta iaitu Allah Swt. dan keberadaanNya yang wajibul wujud (wajib adanya), Yang Azali dan tidak bergantung kepada yang lain serta rukun Iman yang lain iaitu kebenaran Al-Quran yang tiada siapa yang dapat menandinginya walaupun dengan hanya membuat satu surah dan yang terpendek sekalipun, kebenaran Nabi Muhammad saw. sebagai pesuruh Allah yang telah membawa Al-Quran yang haq (benar) yang ketiga-tiga rukun Iman ini (Iman kepada Allah Swt, Al-Quran dan Kerasulan Muhammad Saw) ada realitinya iaitu:
Adanya alam, kehidupan dan manusia yang mampu dicerap oleh pancaindera manusia jika diteliti dengan mendalam dengan berfikir tentang penciptaan tersebut dikaitkan dengan ada atau tiadanya yang menciptakannya membuktikan bahawa mustahil penciptaan serta peraturan alam tersebut tidak ada yang menciptakannya. Contohnya api boleh digunakan untuk memanaskan air. Siapakah yang menetapkan bahawa api tersebut sifatnya boleh membakar dan memanaskan? Suatu yang ditetapkan bahawa air akan mendidih pada 100 darjah C. Siapakah yang telah menetapkan peraturan tersebut sehingga air tidak akan mendidih kecuali pada 100 darjah C di permukaan bumi pada aras laut? Contoh lain ialah graviti. Kita tidak nampak graviti tersebut dengan pancaindera, namun diyakini ada dan nilai graviti bumi tersebut sentiasa tetap iaitu 9.81 pecutan sesaat. Siapakah yang menetapkannya? Mustahil tiada yang mengaturnya sehingga kewujudan al-Khaliq (Pencipta iaitu Allah Swt) itu terbukti pasti ada. Kita tidak dapat melihat Allah secara terus kerana pancaindera kita terbatas setakat mampu mencerap apa yang ada dibatasan dunia iaitu alam semesta, manusia dan kehidupan lain. Namun itu bukannya menjadi alasan bahawa Pencipta itu tiada kerana tidak dapat dilihat langsung oleh pancaindera manusia. Seperti halnya angin, graviti dan letrik yang tidak dapat dilihat tapi kita yakini ada. Apabila lampu menyala menunjukkan adanya elektrik walaupun dengan mata kasar manusia letrik itu tidak dapat dilihat tetapi diyakini ada kerana tanda keberadaannya ada iaitu menyalanya mentol lampu. Begitulah juga keberadaan Pencipta dimana alam semesta, manusia dan kehidupan menjadi tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Pencipta itu ada. Keberadaan Pencipta pula secara fitrahnya sudah pasti tidak serupa dengan makhluk. Tiada selain Pencipta melainkan makhluk dan tiada selain makhluk melainkan Pencipta. Apabila sifat makhluk itu terbatas (berawal dan berakhir), lemah serta bergantung kepada yang lain, sifat Pencipta pula Azali (tidak berawal dan berakhir), Maha Berkuasa dan tidak bergantung kepada yang lain. Inilah kebenarannya. Sekiranya sifat Pencipta serupa dengan makhluk maka tidak layak digelar sebagai Pencipta tetapi serupa sahaja dengan makhluk-makhluk yang lain dan ini adalah bathil (salah), mustahil (tidak mungkin) dan tidak dapat diterima akal dan tidak sesuai dengan fitrah manusia yang ingin mensucikan suatu yang benar-benar suci. Apalah ertinya mensucikan suatu yang tidak suci? Sudah tentu bertentangan dengan kebenaran dan fitrah manusia itu sendiri. Pencipta itu mustahil diciptakan oleh yang lain atau menciptakan dirinya sendiri melainkan Wajibul wujud dan bersifat Azali. Sekiranya Pencipta itu diciptakan oleh yang lain beerti serupa dengan makhluk. Sekiranya Pencipta menciptakan dirinya sendiri tidak masuk akal dan menunjukkan Pencipta tersebut berawal, terbatas dan serupa dengan makhluk. Hanya Islam sahaja agama yang menjelaskan sifat Pencipta yang benar dan haq membuktikan bahawa Islam adalah agama yang benar dan Tuhan itu tiada yang lain melainkan Allah Swt yang Maha Esa (Satu), tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, yang segala sesuatu bergantung padaNya dan tiada yang setara denganNya. Maha Suci Allah dari apa sahaja (anggapan dan kekotoran) yang mereka sifatkan..
Kebenaran Al-Quran itu dapat dibuktikan dengan proses akal menggunakan dalil akli metod berfikir yang ditunjukkan Allah Swt. dalam Al-Quran kerana realiti Al-Quran yang merupakan mukjizat kepada nabi Muhammad itu ada dan dijamin terpelihara hingga ke hari Kiamat. Tiada siapa yang dapat menandingi kehebatan Al-Quran, gaya bahasanya, susunan ayatnya serta kebenaran isi kandungannya. Allah mencabar makhluknya manusia dan jin yang tidak mempercayai kebenaran Al-Quran supaya menandinginya dengan membuat surah yang serupa dengannya. Jika benar apa yang kamu katakan bahawa Al-Quran itu dibuat-buat oleh manusia bukannya dari Allah, maka cubalah buat satu surah sahaja yang serupa dengannya walaupun sependek surah Al-Kausar yang cuma ada tiga ayat pun manusia tak akan mampu menandinginya walaupun manusia dan jin berkumpul dan saling menjadi pembantu kepada sebahagian yang lain tetap mereka tidak dapat membuat yang serupa dengan Al-Quran. Ini adalah janji Allah yang pasti dan haq memelihara kesucian dan kebenaran Al-Quran sebagai Kalamullah (kata-kata Allah) yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. . Al-Quran itu tidak mampu ditandingi oleh manusia walaupun orang yang paling memahami bahasa arab sekalipun, atau yang paling mahir dalam sastera dan gaya bahasa Arab. Namun tetap tidak dapat membuat yang serupa dengan Al-Quran dari segala aspek, kebenarannya, gaya bahasanya dan susunan ayatNya. Sekiranya Al-Quran itu dapat ditandingi, sudah tentu orang Arab jahiliyyah yang terkenal dengan kemahirannya bersastera, pidato dan puisi dan musuh-musuh Islam akan membuatnya dan menjatuhkan serta mendustakan nabi Muhammad Saw. sejak awal-awal lagi. Namun hingga kehari ini tiada yang dapat menandinginya. Tuduhan bahawa Al-Quran itu dibuat-dibuat sendiri oleh nabi Muhammad juga adalah bathil (salah). Nabi Muhammad sendiri merupakan manusia biasa yang kemampuannya sama dengan orang-orang arab yang lain iaitu sama-tidak tidak dapat menandingi kehebatan Al-Quran. Malah nabi Muhammad itu Ummi (tidak tahu membaca dan menulis), serta lisannya, kata-katanya, hadishadisnya yang mutawatir (100 peratus diyakini benar), tiada satu pun yang serupa dengan gaya bahasa Al-Quran walaupun kedua-duanya merupakan wahyu daripada Allah namun Al-Quran itu makna dan lafaznya kedua-duanya daripada Allah, manakala hadis maknanya daripada Allah tetapi lafaznya daripada nabi Muhammad sendiri yang kedua-duanya (Al-Quran dan Hadis) itu berbeza antara satu sama lain dari segi gaya bahasa dan penyampaiannya. Cukup membuktikan bahawa Al-Quran itu bukannya daripada manusia,orang arab mahupun nabi Muhammad melainkan daripada Allah Swt..
Kebenaran nabi Muhammad Saw. sebagai seorang rasul pesuruh Allah juga realitinya ada iaitu Al-Quran itu sendiri. Jika Al-Quran telah kita buktikan kebenarannya, maka sudah tentu orang yang membawanya juga adalah benar. Nabi Muhammad lah yang menyampaikan Al-Quran daripada Allah Swt. kepada manusia dan kepada seluruh makhluk yang lain. Inilah bukti bahawa nabi Muhammad itu memang terbukti kebenarannya sebagai seorang rasul utusan Allah Swt. Manusia mempunyai naluri beragama, dorongan ingin mensucikan sesuatu yang dianggap berkuasa, suci dan agung. Sifat ini adalah fitrah yang ada pada manusia. Oleh kerana itu sudah semestinya memerlukan kepada pemenuhan agar naluri beragama atau dorongan mensucikan tersebut dapat dipenuhi dengan cara dan peraturan yang benar. Cara dan peraturan ini pastilah daripada Pencipta itu sendiri bukannya daripada manusia dan makhluk lainnya kerana peraturan dan cara bagi mengatur hubungan manusia, makhluk dengan penciptanya jika daripada manusia itu sendiri sudah tentu akan berlaku banyak percanggahan,pertentangan, banyak perbezaan cara peraturan bergantung kepada masing-masing manusia mengikut adat, suasana keadaan meraka. Ini adalah suatu yang bathil (salah) sehingga menunjukkan bahawa cara dan peraturan bagi mengendalikan naluri beragama tersebut hanyalah daripada Pencipta itu sendiri dan itu adalah merupakan hakNya untuk menetapkan suatu peraturan yang sesuai bukannya hak manusia juga makhluk-makhluknya yang lain. Ini menunjukkan manusia perlu kepada agama dan peraturan agama ini sampai kepada manusia tidak lain tidak bukan melalui para utusan Allah iaitu nabi-nabi dan rasul-rasulNya yang dipilih-Nya dari kalangan manusia, lelaki dan diberikan kepadanya wahyu risalah untuk disampaikan kepada seluruh makhluk Allah Swt. di muka bumi.. Ini bukti bahawa nabi-nabi dan rasul-rasul itu diperlukan oleh manusia dan sekaligus menunjukkan bahawa keberadaan nabi-nabi dan rasul-rasul itu adalah suatu yang haq (benar).
Ketiga-tiga ini iaitu kebenaran wujud dan keberadaan Allah Swt., kebenaran kitab Al-Quran dan kebenaran Nabi Muhammad Saw. ini ada realitinya dan dengan itu dapat dicerap oleh panca indera manusia bagi membolehkan terjadinya proses berfikir dengan menggunakan akal manusia yang dengannya diberikan beban tanggungjawab kepada manusia atas setiap perbuatannya di dunia yang pasti akan di hisab (dihitung) amalannya seterusnya diberi balasan yang setimpal dengan perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan di akhirat kelak. Pembuktian dengan proses berfikir ini adalah wajib bagi mewujudkan keyakinan akidah Islam. Ia merupakan proses yang menghasilkan dalil akli (dalil akal) salah satu daripada dua jenis dalil yang diterima Islam (dalil akli dan dalil naqli) yang merupakan dalil wahyu daripada Allah Swt. kerana ianya mengikut metod berfikir yang diterangkan Allah Swt. dalam Al-Quran iaitu batas berfikir manusia setakat yang mampu dicerap realitinya dengan pancaindera manusia. Tidak boleh berfikir diluar batasan tersebut misalnya berfikir tentang bagaimanakah wajah Allah dan ZatNya kerana manusia akalnya terbatas.
Manakala untuk mengimani perkara lain yang wajib diimani tetapi realitinya tidak dapat diindera oleh pancaindera manusia seperti kebenaran kitab-kitab selain kitab Al-Quran, nabi-nabi dan rasul-rasul selain nabi Muhammad Saw., malaikat dan hari qiamat (akhirat, hisab perhitungan amalan, syurga dan neraka) digunakan dalil naqli (dalil daripada nash syara: Al-Quran dan Hadis) untuk membuktikan kebenarannya dengan dalil yang telah terbukti kebenarannya dan tak mungkin salah iaitu Al-Quran dan Hadis yang mutawatir bagi membuktikan pemikiran aqidah dengan penuh taat dan penerimaan..
Qada' dan Qadar baik dan buruknya daripada Allah Swt. juga wajib diimani. Realitinya ada iaitu:
Adanya perkara dan perbuatan yang tidak dapat dipilih oleh manusia, atau perbuatan yang dipaksakan atas manusia (Contohnya paras rupa manusia, jantina, kemalangan jalan raya yang tidak diduga dan sebagainya) dan,
Adanya Khasiyat (potensi khas) yang dikurniakan Allah kepada benda dan makhluk-Nya (Contohnya api mempunyai khasiyat membakar, air pula mempunyai khasiyat memadamkan api, pisau mempunyai khasiyat memotong, manusia mempunyai naluri dan keperluan jasmani)
Dalam masalah Qada' dan Qadar apa yang diperbincangkan dalam masalah ini ialah tentang ruang lingkup yang adanya pembahasan pahala dan seksa. "Dalam suatu perbuatan, adakah manusia diberi pilihan ataupun tidak untuk memilih." Ilmu Allah dan Iradah (kehendak) Allah tidak memaksa manusia melakukan perbuatan. Apabila adanya pilihan iaitu samaada ingin mengikut kepada perintah dan larangan Allah Swt. atau melanggarnya maka dalam hal ini manusia akan diberi pertanggungjawapan. Sesungguhnya penglihatan, pendengaran dan akal fikiran itu semuanya akan diberi pertanggungjawapan. Manusia yang mempunyai akal namun tidak digunakan berfikir, mempunyai mata namun tidak digunakan untuk melihat dan mempunyai telinga namun tidak digunakan untuk mendengar, mereka itu seperti binatang bahkan lebih hina lagi.. Oleh kerana itu, apabila terdapat pilihan untuk membuat baik (mengikut perintah dan larangan Allah Swt.) ataupun tidak maka dalam perkara ini akan dipersoalkan dan diberi pertanggungjawaban.
Manakala dalam hal yang tidak adanya pilihan manusia dalam suatu perbuatan, maka dalam hal ini Allah Swt. tidak akan mempersoalkannya. Misalnya paras rupa, warna kulit dan jantinanya. Sabda Rasulullah Saw. "Sesungguhnya Allah tidak menilai keatas rupa kamu serta harta kekayaan kamu, akan tetapi Dia hanya menilai hati dan amal perbuatan kamu."
. Begitu juga Allah Swt. tidak akan mempersoalkan hal-hal, perkara-perkara, perbuatan-perbuatan manusia yang tidak ada pilihan baginya untuk memilih misalnya malapetaka banjir, kemalangan jalan raya yang tidak diduga dan sebagainya yang tidak ada pilihan baginya melainkan menerima dengan pasrah. Hal-hal, perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan yang tiada pilihan diberikan kepada manusia inilah yang disebut sebagai Qada’ iaitu takdir, ketetapan dan ketentuan Ilahi, termasuk juga ajal, rezki dan jodoh yang memang telah ditetapkan oleh Allah Swt. kepada manusia. Dalam masalah ajal, rezki dan jodoh manusia haruslah berusaha misalnya bagi mendapat rezki kena berusaha, begitu juga dengan jodoh kena disetai dengan usaha agar ketetapan Allah itu akan datang. Jika tidak berusaha, mengurungkan diri dalam bilik sudah tentu rezki dan jodoh tersebut tidak akan datang. Begitu pula dengan ajal, Allah telah menetapkan ajal manusia, namun manusia misalnya perlu berusaha untuk berubat sekiranya sakit dan menjaga diri agar tidak ditimpa perkara yang tidak baik berlaku pada dirinya..
Qadar pula adalah Khasiyat (potensi khas) yang diberikan Allah Swt. kepada benda-benda dan makhluk-makhluk-Nya. Misalnya Kertas mempunyai khasiyat untuk terbakar, api mempunyai khasiyat untuk membakar, air mempunyai khasiyat memadamkan api. Api tak boleh dipadamkan menggunakan minyak kerana minyak tidak mempunyai khasiyat memadamkan api tetapi ianya mempunyai khasiyat untuk terbakar. Allah telah menciptakan khasiyat-khasiyat ini tetapi ia tidak akan berfungsi dengan sendirinya. Misalnya mancis tidak akan terbakar jika tiada manusia yang memetiknya. Apabila khasiyat api digunakan untuk kebaikan misalnya untuk memasak makanan maka manusia bererti memamfaatkannya dengan baik malah telah melakukan kebaikan, perbuatan yang tidak bercanggah dengan perintah dan larangan AllahSwt. Namun apabila khasiat yang sama digunakan untuk perkara yang tidak baik seperti membakar rumah orang lain kerana dengki maka akan dipertanggungjawapkan di hadapan Allah Swt. atas perbuatan tersebut.
Inilah perbincangan disekitar masalah Qada' dan Qadar, baik buruknya daripada Allah Swt. yang wajib diimani oleh manusia sebagai makhlukNya yang berakal. Inilah serba sedikit mukaddimah yang saya harap dapat membentuk Iman iaitu Aqidah (keyakinan) kita kepada Allah Swt. dan juga kepada segala perkara yang diperintahkan-Nya agar kita mengimaninya. Dengan proses yang benar ini iaitu keimanan yang terbentuk daripada proses berfikir dan nash-nash syara' maka akan membentuk keyakinan yang sungguh kepada Allah dan perintah larangan-Nya serta Hisab pembalasannya bagi setiap perbuatan manusia yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Tujuan hidup manusia juga akan menjadi jelas iaitu tidak lain melainkan untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah Swt., patuh sepada seluruh Perintah dan laranganNya. Maka keyakinan ini akan melahirkan kaidah fikriyah (kaedah berfikir) yang dengan menggunakan kaedah berfikir ini akan dapat memberi penyelesaian kepada seluruh permasalahan manusia yang meliputi hubungan manusia dengan Allah, Manusia dengan dirinya sendiri dan juga hubungan manusia dengan manusia yang lain dengan penyelesaian yang berlandaskan kepada hukum-hukum Islam. Firman Allah Swt: "Dan Kami (iaitu Allah) menurunkan kepada kamu Kitab (Al-Quran) ini untuk menerangkan semua perkara." . Allah Swt. juga berfirman yang bermaksud: "Hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku, serta Aku redhai Islam sebagai agama kamu."
Islam itu telah disempurnakan oleh Allah Swt. dan mampu menjawap segala permasalahan manusia. Manusia perlu berusaha untuk memahami pemikiran dan pemahaman yang dihasilkan oleh nash-nash syara' yang dengan itu akan dapat memberi penyelesaian kepada seluruh permasalahannya sebagai makhluk Allah yang memerlukan tunjuk ajar dan peraturan daripadaNya sebagai landasan manusia untuk hidup di dunia ini.
Kaedah berfikir ini tadi akan menjadi landasannya untuk memahami satu-satu permasalahan. Dengan kaedah berfikir Islam yang benar ini maka segala permasalahan yang timbul akan difahami pada sudut pandangan dan ruang lingkup Islam menghasilkan mafhum (kefahaman) yang Islami. Seterusnya kefahaman yang Islami ini akan mempengaruhi muyul (kecenderungan) atau sikap seseorang individu iaitu apabila dorongan keperluan jasmani dan naluri manusia diikat dengan mafhum yang islami. Ini akan mempengaruhi suluk (tingkah laku) manusia tersebut berdasarkan kepada muyul Islam yang telah terbentuk membentuk suluk (tingkah laku) yang benar, sesuai dengan Islam. Beginilah caranya agar tingkah laku kebangkitan itu mampu terhasil iaitu kebangkitan yang berasaskan kepada pemikiran Islam iaitu akidah Islam. Beginilah caranya bagaimana mewujudkan pemikiran Islam, iaitu akidah Islam yang jernih dan insyaAllah selepas ini kita akan membincangkan pula tentang bagaimana pemikiran Islam mampu membangkitkan umat Islam sebagaimana yang telah berlaku pada zaman Rasulullah agar dapat diraih kebangkitan yang sama buat kali keduanya. Sabda Rasulullah Saw. "Masa kenabian akan hadir ditengah-tengah kalian selama Allah menghendaki. Allah kemudian mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk mencabutnya. Muncullah kemudian Khilafah yang tegak di atas manhaj kenabian yang akan tetap ada selama Allah menghendakinya. Allah lalu mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk mencabutnya. Muncullah kemudian kekuasaan yang zalim selama Allah menghendakinya. Allah kemudian mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk mencabutnya. Selanjutnya, muncullah kembali Khilafah yang tegak diatas manhaj kenabian. Setelah itu, Rasulullah Saw.terdiam." (Hr Ahmad)
Daripada hadis diatas telah disebutkan oleh Rasulullah Saw. tentang janji Allah Swt. bahawa umat Islam akan bangkit semula dengan menegakkan kembali kepimpinan Khilafah menurut minhaj kenabian. Hanya dengan pemerintahan Islam yang ditegakkan dengan asas pemikiran Islam (aqidah Islam) akan mampu membangkitkan Umat Islam. Oleh itu Umat Islam perlu bersatu, menyatu dengan suatu pemikiran iaitu pemikiran Islam dengan pembentukan aqidah Islam yang benar.
Pada dasarnya kebangkitan itu bukan bertumpu pada pengambil alihan pemerintahan tetapi menyatukan umat dengan suatu pemikiran. Menerapkan dan menjadikan pemikiran tersebut sebagai arah kehidupannya. Dengan demikian atas kesedarannya bahawa perlu menerapkan segala perintah dan larangan Allah tidak kira yang berhubung dengan pengaturan ‘hubungan manusia dengan Allah’ seperti aqidah dan ibadah, ‘hubungan manusia dengan dirinya sendiri’ yang meliputi akhlak, makanan, minuman dan pakaian bahkan juga berhubung dengan pengaturan ‘hubungan manusia dengan manusia yang lain’ meliputi segala bentuk muamalah (interaksi manusia dengan manusia lain) iaitu sistem sosial, pendidikan, ekonomi, sistem hukuman, politik dan pemerintahan. Atas kesedaran bahawa Islam itu wajib diterapkan secara menyeluruh termasuklah kewajiban mendirikan sistem pemerintahan sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah maka semuanya itu dilaksanakan semata-mata kerana perintah dan larangan Allah Swt. bukannya atas sebab-sebab yang lain. Pemerintahan menjadi suatu kemestian kerana tanpa tertegaknya pemerintahan Islam sebahagian besar hukum-hukum Islam tidak dapat dilaksanakan terutamanya yang meliputi peraturan-peraturan yang berhubung dengan ‘hubungan manusia dengan manusia yang lain’. Tanpa pemerintahan Islam yang shahih sebagaimana yang dijelaskan oleh syara’, maka umat Islam tidak mampu bangkit, bahkan menjadi semakin mundur kebelakang. Sebagaimana yang dapat kita saksikan pada hari ini mengenai apa yang telah berlaku di dalam dunia Islam menjadi bukti yang amat jelas bahawa apabila Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya di dalam kehidupan maka timbul bermacam-macam masalah. Nasib umat Islam sudah tidak lagi terbela, umat Islam berpecah belah, penindasan ke atas kaum muslimin dengan sewenang-wenangnya dilakukan oleh musuh-musuh Islam dan bermacam-macam lagi hinaan dan masalah yang diterima umat Islam dewasa ini kesan daripada tidak diterapkan Islam secara menyeluruh. Pemerintahan wajib ditegakkan semula. Ini merupakan kewajiban yang amat besar. Kehilangannya merupakan satu malapetaka yang amat dasyat keatas umat Islam. Pemerintahan tersebut mestilah dibangun di atas landasan pemikiran Islam. Dengan demikian pengambil alihan kekuasaan bukan tujuan (matlamat) dan hal ini tidak boleh dijadikan tujuan. Ia hanya layak dijadikan metod (thariqah-landasan yang telah ditetapkan oleh syara’) untuk mencapai kebangkitan. Selama pendirian pemerintahan itu di dasarkan pada suatu pemikiran, maka kebangkitan akan dapat dicapai. Jadi yang menjadi tujuan (matlamat) ialah mendidik dan memahamkan umat dengan pemikiran yang dapat membangkitkan umat. Dengan demikian kesedaran umat untuk terikat dengan seluruh perintah, larangan dan hukum-hukum Allah akan dapat diwujudkan. Menerapkan pemikiran tersebut dalam kehidupan, dan arah perjalanan kehidupannya ditempuhi dengan berdasarkan kepada pemikiran ini. Pada saat yang sama dibangun pemerintahan melalui umat, yang berdasarkan kepada pemikiran tersebut. Jika ini yang dilakukan maka akan tercapailah kebangkitan yang pasti.
Contoh terbaik yang dapat dijadikan teladan ialah sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah Saw. Tatkala Allah membangkitkannya dengan risalah Islam, baginda menyeru umat manusia kepada aqidah Islam. Ini tidak lain beerti menyeru kepada suatu pemikiran. Dan tatkala penduduk kota Madinah dari kalangan kabilah Aus dan Khadzraj dapat disatukan dengan aqidah Islam yaitu dengan suatu pemikiran, maka jadilah mereka memiliki arah yang memimpin kehidupan mereka. Kemudian pemerintahan Madinah pun diambil alih dan didirikan di atas dasar aqidah Islam.
Rasulullah saw bersabda “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka mengatakan ‘Laa ilaha illallah Muhammad Rasulullah’, Apabila mereka mengucapkannya, maka terpeliharalah darahnya dan hartanya kecuali ditumpahkan dan diambil dengan cara yang haq (benar).”
Hadis ini menyeru kepada suatu pemikiran. Maka kebangkitan pun berjaya diraih di kota Madinah yang tersebar ke kawasan Arab lalu melebar kepada bangsa-bangsa yang memeluk Islam yaitu yang meyakini pemikiran tersebut dan para penguasanya mengatur dan menguruskan urusan rakyat dengan berdasarkan pada pemikiran tersebut.
Tidak dinafikan lagi, umat Islam di seluruh pelosok dunia saat ini mengalami kemerosotan. Umat telah berusaha untuk bangkit sejak lebih dari 100 tahun yang lalu. Namun kebangkitan yang diimpikan tidak juga kunjung berhasil hingga ke saat ini. Sebabnya adalah, pemerintahan yang ada berdiri di atas dasar peraturan dan perundang-undangan. Pemerintahan itu baik yang berdiri di atas landasan peraturan dan perundangan-undangn selain Islam (peraturan kufur) seperti yang terjadi pada kebanyakan negara-negara Muslim saat ini atau berdiri atas landasan peraturan dan perundang-undangan Islam dan hukum-hukum syara’ seperti yang penah berlaku di beberapa negeri Muslim seperti Yaman sebelum revolusi Salal, semuanya mengalami kemunduran. Tidak mampu bangkit kerana memang pemerintahannnya dibangun di atas peraturan, tidak dibangun atas suatu pemikiran yang tidak akan membawa kepada kebangkitan. Dengan kata lain peraturan yang diterap tanpa terlebih dahulu difahami dan diyakini oleh umat, individu dan masyarakat sehingga mewujudkan kesedaran untuk taat dan tunduk kepada hukum-hukum Allah yang akan dilaksanakan ke atas mereka tidak akan berjaya membangkitkan umat. Yang mampu membangkitkannya hanyalah jika pemerintahan itu dibangun di atas landasan pemikiran Islam, yaitu akidah Islam dengan penuh kesedaran akan kewajiban untuk terikat dengan segala perintah dan larangan Allah Swt. Negara yang dibangunkan di atas landasan Laa ilaha illahhah Muhammad Rasulullah yaitu akidah Islam, negara seperti itulah yang mampu bangkit. Jadi negara harus berdiri di atas landasan aqidah Islam iaitu suatu pemikiran dan setelah itu barulah mengambil hukum-hukum syara’ dengan anggapan hal itu adalah perintah Allah, lalu diterapkan. Itupun kerana mengikuti perintah dan larangan Allah, bukan kerana kelayakan, manfaat atau ada kepentingan dan alasan-alasan lain. Semua itu harus dianggap sebagai sesuatu yang datang dan berasal dari wahyu Allah dan diambil dari makna Laa ilaha illallah Muhammad Rasulullah yang jika demikianlah halnya maka kebangkitan akan dapat diraih.
Metod atau thariqah (landasan yang telah ditentukan oleh syara’) untuk mencapai kebangkitan itu adalah dengan menegakkan pemerintahan yang didasarkan kepada pemikiran, bukan didasarkan kepada peraturan, perundangan ataupun hukum. Penegakan negara yang berdasarkan pada perundangan dan hukum, tidak mungkin mencapai kebangkitan, malah sebaliknya jika itu yang terjadi sangatlah berbahaya bagi kebangkitan itu sendiri. Buktinya yang menunjukkan bahawa menegakkan pemerintahan di atas dasar peraturan, perundangn dan hukum tidak mampu mencapai kebangkitan adalah seperti apa yang telah dilakukan oleh Mustafa Kamal di Turki. Beliau menegakkan pemerintahan di atas dasar dan perundang-undangan Barat. Kemudian di atasnya dibangunkan pemerintahan. Beliau melaksanakannya dengan sepenuh usaha dan stategi melalui pemaksaan dan sebagainya. Meskipun demikian, Turki tetap saja tidak mampu meraih kebangkitan. Turki tetap tidak mampu bangkit malah mengalami kemunduran. Padahal, Lenin (1917M) yang muncul pada zaman yang hampir sama dengan Mustafa Kamal (1924M) mampu mampu membangkitkan Rusia menjadi negara yang kuat. Bahkan sekarang ini tergolong daripada negara-negara yang terkuat. Sebabnya tiada lain kerana Lenin mendirikan pemerintahan di atas landasan suatu pemikiran, yaitu pemikiran Komunisme. Dari pemikiran ini muncul penyelesaian-penyelesaian terhadap masalah kehidupan sehari-hari, yang berupa peraturan dan perundang-undangan yang menjadi penyelesaian terhadap segala permasalahan dalam bentuk hukum yang bersandar kepada pemikiran tersebut. Dengan kata lain, dari pemikiran ini dibangunkan pemerintahan dan seterusnya membawa kepada kebangkitan.
Dari pemikiran inilah muncul penyelesaian-penyelesaian praktikal untuk menyelesaikan segala persoalan kehidupan. Dengan kata lain, daripada pemikiran tersebut keluar segala bentuk peraturan, perundangan dan hukum. Eropah tatkala mengalami kebangkitan, kebangkitannya didasarkan pada suatu pemikiran. Yaitu pemisahan urusan agama dengan negara (sekularisme) dan kebebasan. Begitu juga dengan Amerika, tatkala mengalami kebangkitan, kebangkitannya di dasarkan pada suatu pemikiran, yaitu sekularisme dan kebebasan. Rusia tatkala mengalami kebangkitan, kebangkitannya di dasarkan pada suatu pemikiran, yaitu material dan evolusi (perubahan) materi (benda), yaitu perubahan sesuatu dengan sendirinya dari suatu keadaan, kepada keadaan lain yang lebih baik. Rusia menegakkan pemerintahannya pada tahun 1917M yang di dasarkan pada pemikiran semacam ini. Maka Rusia pun bangkit. Kebangkitan yang berlaku di Eropah, Amerika dan Rusia ini merupakan kebangkitan yang bathil (salah) kerana tidak di dasari oleh asas ruhiy (kesedaran akan hubungan manusia dengan pencipta iaitu Allah Swt). Kebangkitan yang shahih (benar) adalah dengan meningkatnya taraf berfikir yang didasarkan pada asas ruhiy iaitu didasarkan kepada asas pemikiran islam. Negeri Arab tatkala mengalami kebangkitan, kebangkitannya didasarkan kepada pemikiran Islam. Hal ini nampak jelas tatkala diutusnya Rasulullah Saw. dengan membawa risalah daripada Allah Swt. Di atas landasan ini ditegakkan pemerintahan dan kekuasaan. Negeri Arab pun bangkit tatkala mereka meyakini dan berpegang teguh kepada pemikiran Islam, dan di atasnya dibangunkan pemerintahan dan kekuasaan. Semua ini menjadi bukti yang pasti bahawa metod (cara) untuk mencapai kebangkitan adalah dengan menegakkan pemerintahan di atas suatu pemikiran.
Umat Islam saat ini, jika mereka menghendaki kebangkitan mahu tidak mahu aqidah Islam iaitu pemikiran Islam harus dijadikan sebagai asas yang menjadi arah landasan kehidupan mereka. Kemudian setelah itu daripada pemikiran tersebut barulah muncul penyelesaian-penyelesaian terhadap seluruh masalah kehidupan iaitu peraturan-peraturan hidup, perundang-undangan dan hukum-hukum syara’. Kemudiaan di atasnya didirikan pemerintahan dan kekuasaan. Seterusnya dengan itu akan dapat menyelesaikan seluruh masalah kehidupan mereka dengan hukum-hukum yang terpancar daripada aqidah tadi yaitu hukum-hukum syara’ sebagai sebahagian daripada perintah dan larangan Allah bukan dengan anggapan lain. Jika ini yang dijalankan, maka kebangkitan pasti akan muncul bahkan kebangkitan yang shahih (benar) bukan sekadar bangkit. Dengan itu Umat Islam akan mampu menggapai puncak kegemilangannya lagi, meraih kembali kepimpinan dunia buat kali keduanya..
Wahai saudara-saudaraku, marilah kita berganding bahu, bersatu dan berusaha gigih bagi menegakkan syariat Allah, mengembalikan Islam pada kedudukan yang selayaknya, tinggi mengatasi segala kekufuran yang wujud di muka bumi. Wahai seluruh kaum Muslimin, wahai umat Islam, dari sinilah kita memulakannya...
Wassalamu 'alaikum wbt.
RISALAH-UL-HAQ

“Menjana Pemikiran Muslim”


______________________________________________________

Penyebaran dan penyalinan semula risalah ini amat dialu-alukan. Semoga usaha anda dapat mengembangkan da’wah dan diredhai Allah swt.
_____________________________________

Thursday, September 3, 2009

Mentera Semerah Padi Najib?

Mentera Semerah Padi Najib?

1 Malaysia mampu jadikan negara lebih aman, harmoni

KUANG 1 Sept. — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, 1Malaysia merupakan satu gagasan yang bersifat keislaman terutamanya dari segi pengisian dan matlamatnya yang bercirikan Perlembagaan Madinah. Perdana Menteri berkata, apabila 1Malaysia diamalkan ia mampu menjadikan negara lebih aman dan kehidupan rakyat lebih harmoni. Katanya, Perlembagaan Madinah merupakan perlembagaan Islam pertama yang mengutamakan dan mempertahankan Islam, memberi keadilan kepada semua kaum dan melindungi kaum minoriti serta kebebasan mengamalkan agama dan prinsip-prinsip ini terangkum di dalam 1Malaysia. “Oleh itu kita sama-sama melakukan yang terbaik kepada umat Islam dan berlaku adil kepada bukan Islam. Mudahan-mudahan dengan cara ini kita akan lebih bertakwa kepada Allah dan inilah sebenarnya terangkum dalam gagasan 1Malaysia,” katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama Badan Perhubungan UMNO Selangor di Kampung Setia di sini hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia, 01/09/09
-----------------------------------------------------

Najib Dah Mula Membuka Menteranya?Perbandingan yang dibuat oleh Najib ibarat membandingkan babi dan lembu. Babi berkaki empat, ada ekor, ada bulu, ada telinga…. Lembu juga berkaki empat, ada ekor, ada bulu, ada telinga…. maka babi sama dengan lembu….halal untuk dimakan. Bukankah ini adalah suatu kesalahan yang sangat besar dalam membandingkan dua realiti yang berbeda? Begitu mudah sungguh perbandingan yang dibuat oleh Najib untuk mengiyakan dakwaan bahawa 1Malaysia itu bercirikan Perlembagaan Madinah. Di manakah para penasihat agama PM yang gaji mereka ribuan ringgit setiap bulan berada disaat Najib mengeluarkan kenyataan ini? Adakah mereka tertidur kerana kelaparan dibulan Ramadhan ataupun tertidur kerana perut mereka kekenyangan diisi dengan juadah berbuka puasa? Di mana teguran mereka sehinggakan dengan begitu mudah Najib membuat perbandingan antara 1Malaysia dengan Perlembagaan Madinah - perbandingan yang pada hakikatnya sangat berbeza bagaikan langit dengan bumi!Wahai Najib! Apakah kamu sedar bahawa Perlembagaan Madinah itu sumbernya adalah wahyu Allah SWT? “Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”. [TMQ An-Najm (53) :4-5].Bagaimana pula dengan konsep 1Malaysia. Berasaskan pemikiran manusia dan beraspirasikan perlembagaan manusia, mana bisa kita dapat bandingkan dengan wahyu Allah??? Perbandingan yang salah mulai dari asasnya hinggalah kepada cabang-cabangnya!! Hanya mereka yang mendapat taufiq dan hidayah sahaja yang akan dapat melihat bahawa kebatilan itu sebagai kebatilan dan kebenaran itu sebagai suatu kebenaran. Semoga Najib mendapatkan “kekuatan” ini dicelah-celah kebesaran Ramadhan kali ini.